Thursday 29 December 2011

countdown dan pahala


 Salam.

Ubah sikit la untuk new year celebration 2012. Dari dahulu asyik-asyik pergi party, konsert, lumba haram, hisap dadah. Sekarang tukar tempat pula. Jom kita pergi sini sama-sama. Tidak perlu bayaran masuk pun. Free of charge tau. Yang bestnya, boleh celebrate new year sama-sama sambil dengar ceramah pula. Mana yang duduk area Shah Alam, Klang, Kuala Lumpur dan kawasan yang berdekatan jemputlah hadir ye. Selamat tahun baru 2012 semua.


p/s: dengar cerita vblog akan bersiaran disini. kbye!

Tuesday 27 December 2011

step up

Salam. 

Hampir sebulan aku hidup menganggur. Tiada kerja, hanya duduk berehat di rumah. Kalau dikira-kira, aku tidak berhenti bekerja selama 3 tahun. 2 tahun ketika masih study dan 1 tahun selepas habis study. Maknanya, 4 tahun waktu belajar aku diselang-seli dengan waktu bekerja. Patutlah aku bengap masa sedang belajar kerana purata tenaga aku dihabiskan untuk bekerja dan sisa-sisa tenaga yang tinggal itulah yang aku simpan untuk waktu belajar. Ok, jauh sudah aku mengarut. 

Berbalik pada hal menganggur tadi, selama sebulan ini aku penuhi waktu cuti dengan aktiviti temuduga atau dalam bahasa inggerisnya, interview. Alhamdulillah, tidak sia-sia pengalaman kerja selama 3 tahun dulu banyak membantu dalam sesi temuduga tersebut. Insya'allah, tahun 2012 nanti aku mula bekerja dengan suasana kerja yang baru. 

Semalam aku tonton sebuah movie. Di dalam movie tersebut ada quote yang berbunyi begini,

"perjalanan lebih baik dari destinasi"

Bila aku fahami maksudnya aku kata ianya bagus. Untuk sampai ke sesuatu tujuan kita akan berdepan bermacam halangan. Ketika itu kita belajar tentang diri kita. Apa yang kita kurang dan apa yang kita kuat. Halangan itu membuatkan kita menjadi matang. Kita sedar sekeliling dan kita belajar dari sekeliling. Aku belajar dari sekeliling aku. Bila aku pandang kiri kanan, aku nampak guru. Tetapi jangan silap belajar nanti kau duduk terapung dalam air. Itu untung kau terapung tetapi kalau kau tenggelam dan terus hanyut? 

Moga Allah swt menunjukkan aku dan kau jalan yang lurus dan diberkati-Nya. 


untuk siswa-siswi, selamat menghadapi final exam!

Monday 26 December 2011

me, myself and HIV

Salam.

Kau jangan gelak bila baca post ini sebab kedengaran agak meleleh. Peduli apa, ini blovel aku. Separuh aku keras separuh aku lembut. Dahulu kawan aku ada cakap,

"kau ni lembut. maksud aku bukan 'sotong'. kau lembut dalam. luar je nampak keras. bila kau sayang 1 benda atau 1 orang, kau lembut. kiranya kau ni botol kaca. silap sikit, kau pecah."

celaka!

Biar orang kata aku kaca atau apa. Senang kata, aku selesa dengan diri aku. Jadi untuk kali ini aku tulis satu benda yang rasanya bagi aku tentang cinta. Aku kongsi untuk kau rasa sama. Mahu di ambil buat kau baca depan kekasih kau, aku relakan dan aku halalkan. Sebentar, biar aku buka radio siaran sinar.fm. Dengar lagu cinta lama bersalut dedikasi cinta jamal jamaluddin. haha.

Me, Myself and HIV.

Hard to breathe, feels like floating.
So full of love my heart's exploding.
Mouth is dry, hands are shaking.
My heart is yours for the taking.

Acting weird, not myself.
Dancing around like the keebler elf.
Finally time for this poor schlub.
To know how it feels to fall in lub.

Sudah, aku bukan jiwang. haha.

Thursday 15 December 2011

vblog #1 "cuti"

Salam.


Alhamdulillah, for the very-very 1st time siap juga video blog yang telah aku janjikan dahulu walaupun tidak sebagus mana. Terima kasih kepada Sri Mahsuri Family's kerana menjayakan projek ini. Untuk pembaca, semoga terhibur dan aku hendak memohon maaf andai ada unsur-unsur 18sg atau 18sx di dalam video blog ini. Enjoy it!






p/s: pembetulan, next vblog insya'allah pada 31 disember ini bukannya 31 ogos. harap maaf.



Wednesday 14 December 2011

back to back

Old footage. Dahulu, asal nak pergi sekolah mesti dengar lagu Eisley. Now, after many years i play their songs again.



love them 

Tuesday 13 December 2011

karya pendek

Seorang lelaki NON-MUSLIM datang ke Malaysia untuk bercuti, kebetulan pada hari tersebut merupakan hari agama baginya, dia pun pergilah mencari GEREJA berdekatan tetapi tidak diketemui. 

Akhirnya beliau bertanya kepada seorang wanita, 

saudaraku, dimana gereja yang terdekat?

Kemudian wanita itu menjawab,

maaf, saya ISLAM.

Selepas itu, non-muslim tadi berkata,

oh saya ingat kamu adalah sebahagian dari kami (bukan Islam) sebab biasanya seorang wanita ISLAM akan pakai penutup kepala (jilbab). maaf, saya tadi tidak dapat membezakan awak ISLAM atau Kristian.


Tuesday 6 December 2011

not yet

Salam.


Hari itu di majlis ilmu. Ustaz ada sebut,


"kalau Allah kata bukan rezeki kita, roti yang tinggal seinci je nak masuk mulut pun boleh jatuh ke tanah. Ikan yang diletak bawah tudung salji pun boleh dicuri kucing juga. itu kalau Allah kata bukan rezeki kita. tapi bila Allah kata itu rezeki kita, emas di balik gunung pun boleh jadi milik kita. sabar, kalau rezeki kita belum datang. insya'allah, ianya akan datang cuma lewat atau cepat je."


Sabar. Perkataan ini yang ada dalam hati semalam. Percaya pada qada' dan qadar, insya'allah kita akan ditunjukkan dimana punca rezeki kita. Jadi, dalam keadaan stone bengang, aku pulang ke ofis kak hany. Lepak sambil kacau Ryan tengok tv.



Inilah Ryan. 
Anak buah aku paling kecil sekali. Staff yang paling rajin dalam company kak hany.

Lepas kacau budak toyol tue sampai dia lelap, aku mengadap internet. Then, buka blog cari benda yang kelakar. Saja nak buat hati happy semula. Lastly, aku dapat satu benda yang sangat seronok untuk dipraktikkan. Benda ini sangat kelakar dan wajib kau pun buat. Ini dikira cabaran dari aku untuk kau. Aku cabar kau dan kalau kau mampu buat, akan aku hadiahkan kau sesuatu yang berharga. Cabaran ini, aku dah buat bersama kawan-kawan aku. Kami membuat cabaran nombor 4 dan 5. Kami berdedikasi untuk menghabiskan cabaran ini.

Kau mahu tahu apa cabarannya? Ini dia,


selamat mencuba. kahkahkah!

Friday 2 December 2011

truth

"Betapa beratnya langkah kehidupan sehingga ayat suci dijadikan korban demi duniawi."


comel kan?

baru


Fresh. Forget about the past. Beat your problem and move on. I'm a new person right now. Fresh!