Monday 31 October 2011

zulhijjah


"Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan solat"

Sunday 30 October 2011

hijrah

Bila hidup tidak seimbang, terumbang-ambing macam tiada arah, tidak tahu mana arah tuju hidup, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Maka, selepas itu mesti baru teringat pada pencipta, baru ingat minta petunjuk, baru ingat dosa dan pahala. Nampak sungguh jahil diri sendiri. Bila senang, mudah betul lupa, lupa asal usul datang dari mana, lupa perjanjian hidup di dunia. Agak-agak kalau esok tiada nyawa, lihat jasad sendiri kaku terbaring, sejuk pucat menanti di bawa ke dunia lain. Apa yang kita rasa ye?

Kadang-kadang hidup mendabik dada. Kata diri sendiri bagus, hebat dan perkasa. Kalau tidak keluar dari mulut mungkin terpancul sedikit dari hati. Kadang-kadang hidup jadi lupa diri. Tidak tahu pangkat darjat diri hina ini. Mana sama duduk berdiri dengan pencipta. Tanggungjawab dan ikrar diletak ke tepi. Hanya di tengah-tengah ada durjana, ada malapetaka. Yang suci kita campak mana ye?

Sentuh bab perasaan cinta. Jauh umur sama dengan nafas sendiri. Mula-mula dijaga tapi lama-lama hilang mahkota. Tidak kira mana jantina, semua sama. Sudah kata hamba, maka kita tiada darjat hendak dibanding-bandingkan. Sekali sudah salah, susah hendak berpatah balik, kadang-kadang terus merana ke lembah hitam gelap-gelita. Lelaki, dilahirkan untuk menjadi imam. Didodoi sehingga akil baligh tapi bila sinar dunia sudah di kenal, habis semua dilanggar. Bukan yang baik. tetapi yang hodoh dan jijik dibanggakan lantas di bawa ke sana nanti. Sudah tentu jadi bahan utama pembakar neraka. Wanita, hijabnya hendak dijaga penuh satu anggota. Satu terbuka habis menjadi sedekah akaun neraka. Jangan dilupa, sebelum ada yang berani menanggung dirinya, semua tanggungan akaun dosa dipegang oleh ibubapa. Sebesar zarah pun mereka yang tanggung. Banggakah kita menjadi anak-anaknya?

Sudah sampai masa berhijrah bersama. Pegang kuat agama kita tidak kira kita siapa kerana cukup masa kita disana sama sahaja. Yang berbeza hanya amalan kita. Untung kita sudah dibantu, kita hanya perlu 5 waktu sahaja, kalau tidak kena berpuluh-puluh rakaat. Itu pun tidak tentu penuh atau tidak. Itu tiang kita, tiang kita perlu teguh baru sempurna perwatakan kita di dunia ini. 

Satu kajian, bila ditanya bagaimana kerajaan Hosni Mubarak tumbang? Jawapannya ringkas, SOLAT.

salam.

Wednesday 26 October 2011

hukum

Semalam di majlis ilmu, ada cerita yang disampaikan oleh sahabat untuk sama-sama kita renungkan. Aku rasa bertanggungjawab untuk berkongsi cerita sahabat itu disini walaupun bilangan pembaca blog ini tidak ramai mana. Jadilah daripada tiada siapa yang hendak membaca. Kalau kata ustaz, sebarkanlah ilmu yang baik-baik kepada orang lain walaupun hanya seorang sahaja yang mendengarnya kerana jika kita tahu ilmu yang baik, adalah amanah kita untuk menyebarkan kepada orang lain. Aku hendak bercerita dihadapan, aku tidak berani. Jadi, aku gunakan blog untuk menjadi medium aku berkongsi dengan orang lain. Cerita sahabat adalah benar. Cerita ini diceritakan oleh kawan sahabat aku tadi. Ianya terjadi semasa bulan puasa tempoh hari.

Di dalam sebuah pusat membeli-belah. Ramai orang datang ke pusat membeli-belah itu untuk membeli barang-barang keperluan hari raya yang bakal menjelang tidak lama nanti. Kawan sahabat aku bekerja sebagai seorang spy bagi pusat membeli-belah tersebut. Untuk pengetahuan umum, setiap pusat membeli-belah di Malaysia ini memang wujud spy bagi memantau masalah kecurian. Dipendekkan cerita, kawan sahabat aku tadi terlihat seorang makcik telah mencuri baju kanak-kanak. Makcik tersebut menyorokkan baju kanak-kanak tersebut di dalam baju kurung makcik tersebut.

Jadi, kawan sahabat aku tadi telah menangkap makcik tersebut dan membawanya ke sebuah bilik yang dipercayai bilik pengawal keselamatan. Memang prosedur, suspek yang dikenalpasti mencuri akan di bawa ke bilik pengawal untuk disoal siasat sebelum dihantar ke balai polis. Kawan sahabat saya menyoal makcik tersebut, kenapa mencuri?

"makcik takde duit nak beli baju baru untuk anak makcik. makcik terpaksa mencuri."

Makcik itu menangis ketika menjawab soalan tadi dan merayu untuk dilepaskan. Pada mulanya, kawan sahabat saya tadi tidak melepaskan makcik tersebut tetapi setelah melihat makcik tersebut merayu-rayu minta dilepaskan, dengan perasaan berperikemanusiaan kawan sahabat aku tadi pun melepaskan makcik tersebut. Selepas waktu bekerja habis, kawan sahabat aku tadi berjumpa dengan sahabat.

kawan sahabat: tadi aku lepaskan seorang makcik yang mencuri.

sahabat: kenapa kau lepaskan?

kawan sahabat: aku tak sampai hati. dia menangis minta dilepaskan. kesian aku tengok dia.

sahabat: kenapa dia mencuri?

kawan sahabat: dia cakap, MAKCIK TAK ADA DUIT NAK BELI BAJU BARU UNTUK ANAK MAKCIK. MAKCIK TERPAKSA MENCURI.

sahabat: kau tak rasa kau diperbodohkan?

kawan sahabat: kenapa pula? aku lepaskan makcik tue sebab aku kesian kat dia. dia orang susah.

sahabat: jawapan aku, kenapa nak mencuri sedangkan anak dia tak berbogel pun. pakai sahaja baju lama. kenapa mesti nak baju baru? adakah baju baru lagi bagus dari dia melanggar hukum Allah swt dengan mencuri? kalau pun dia nak jugak beli baju baru, dia boleh simpan duit. cari duit. bukan dengan mencuri. itu kan dosa. 

Apa motif cerita ini? Negara kita menggunakan undang-undang manusia bukan undang-undang Allah swt. Kalau undang-undang Allah swt digunakan, tidak sama sekali berlaku kejadian seperti cerita tadi. Siapa mahu mencuri kalau hukumnya potong tangan. Ye dak?

takdir 2

Natrah seakan-akan mencari seseorang. Dia memandang kiri dan kanan. Dia mengerut dahi berulang kali. Perbuatannya diperhatikan oleh suaminya, Hilmi.

"sayang, kenapa ni? cari sapa?"

"eh abang. cari sapa lagi kalau bukan kawan baik kita, Lan. abang ada nampak dia tak? dari tadi sayang cari tak jumpa-jumpa."

"oh Lan. tadi abang nampak dia main-main dengan anak kita. tapi tiba-tiba hilang plak. cuba sayang cari kat pondok depan tu. rasa abang dia ada kat situ tapi kenapa sayang cari dia? ada hal penting ke?"

"nak suruh dia makan. dari tadi ajak dia makan sekali dengan kita. sampai lauk sejuk tak datang-datang gak."

"oh, pergilah panggil dia. abang nak masuk solat jap. nanti abang turun makan ye."

"baik abang."

Sebatang rokok dikeluarkan dari kotak. Rasa tenang bila dapat menikmati asap kotor waktu petang macam ini. Sambil tangan kanannya sibuk bermain dengan telefon bimbitnya. Lan senyum seorang diri. Lan seakan-akan membaca sesuatu yang dirasakan penting bagi dirinya.

"hoi mangkuk! mana kau pergi? puas aku cari kau!"

"kau ni Nat! buat aku terkejut je. kalau aku ada sakit jantung tentu saja aku dah kojol. lain kali bagi salam boleh?"

"hehehehe. ala aku saje je nak usik kau. dah aku tengok kau dok tersengih-sengih macam kerang busuk. ada benda menarik ke yang buat kau tersengih tue?"

"takde ape la. Hilmi mana?"

"ada tengah solat kat atas. wah, kemain lagi sekarang kau nie Lan. semenjak pakai iphone nie kemain senyum-senyum dapat online. senang la kau dapat cari jodoh sebab online je."

"ah kau, ingat aku online nak cari jodoh ke? aku memang ditakdir tak kahwin la. tak macam kau nie Nat. cett! kau ingat sama ke teknologi dengan perasaan?"

"perghh! kemain lagi bermadah dengan aku Lan. bak tengok handphone canggih kau tue."

Natrah merampas telefon bimbit Lan. Natrah khusyuk memandang skrin telefon bimbit Lan. Natrah tersenyum.

"kau seorang stalker kan Lan?"

"eh, apa pulak! aku tak buat apa-apa pon."

"kau nie Lan, berbuih mulut aku bagi nasihat kat kau. carilah awek lain. tak payah nak tunggu dia lagi. kau bukan tak boleh jumpa yang lain. aishhh.."

"lah kau nie kenapa Nat? aku bukan buat salah pon."

"dah tu yang kau baca blog dia hari-hari kenapa? dah tue senyum-senyum macam kerang busuk. kau gila ke?"

"ala aku baca je. at least takde la aku buat benda jahat. cara nie je aku dapat lepaskan rindu aku kat dia. lagipun aku tau semua yang aku nak takkan dapat. jadi aku minta sangat lah kalau nikmat sementara nie tak dihalang. aku hanya membaca kan? tak salah kan?"

"hahahaha! apa-apa je la kau nie Lan. aku pun dah malas nak layan perangai pelik kau nie. dah jom makan. aku dah penat masak dari tadi. jom makan sekali dengan Johnny Depp aku."

"hah! kau ada ade Johnny Depp? sapa Johnny Depp kau?"

"suami aku la. abang Hilmi a.k.a Johnny Depp. kau ingat kau sorang je ada Megan Fox? dah jom makan. aku dah lapar nie."


Sunday 23 October 2011

count

its been a long time.

qarma

Timbul tenggelam timbul tenggelam.
Acapkali terpendam acapkali tersergam.
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam.
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam.
 
Kutimbang tanpa neraca di awal usia.
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia.
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu.
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu.
 
Maafkan mereka mereka tidak tahu.
Mereka tidak ramas buku mereka segan ilmu.
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata.
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa.
 
Maafkan mereka mereka tiada nilai.
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai.
Tanpa kasih sayang mereka suka menyakiti.
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati.

Jangan ahli sihir seru nama maharaja.
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma.
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara.
Kalau terpelajar sila guna hak miranda.
 
Pura-pura dengar telan tapi tidak hadam.
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham.
Mereka mula kiri aku kanan bila baca.
Sudah mahir rumi mari tafsir alif ba ta.

feel it

"Distance does not ruin people's relationship. You don't have to see someone everyday to be in love."

goodbye 58

Selamat tinggal idola aku. Rest in peace for Marco Simoncelli.

Wednesday 19 October 2011

magic bus


 "happiness only real when shared"

                             

speechless



p/s: hidung aku berdarah laju-laju. kau ada soul lah kristen stewart.

deep

"There is a pleasure in the pathless woods;
There is a rapture on the lonely shore;
There is society, where none intrudes,
By the deep sea, and music in its roar:
I love not man the less, but Nature more..."

                                                                                  - Lord Byron

PM

Kalau di Brunei,

"who are we to say wait?"

Kalau di Malaysia,

"kita kena kaji dulu dengan teliti sebelum dijalankan."

Siapa kau hendak melawan hukum Allah swt? Apa pangkat kau hendak melewat-lewatkan hukum Allah swt? Ini bukan agenda politik tapi ini HUKUM ALLAH SWT. Kau mahu takut apa kalau kau jalankan ia? Kau mahu negara ini dilakhnat oleh Allah swt baru kau hendak bertindak? Subhanallah.

Aku tidak mahu bersubahat dengan kau. Aku takut balasan di sana kelak. Aku sokong hudud dijalankan. Kau sokong?

ALLAHU'AKBAR!

Tuesday 18 October 2011

itu ceritanya

Salam.

Aku copy cerita ini dari blog seorang kawan untuk dikongsi sama rasa untuk semua. Mungkin ada kaitan dengan yang membaca. Entah kenapa cerita ini aku rasa bagus untuk dibaca. Dengan lafaz bismillah.

 Marriage.

“When I got home that night as my wife served dinner, I held her hand and said, I’ve got something to tell you. She sat down and ate quietly. Again I observed the hurt in her eyes.

Suddenly I didn’t know how to open my mouth. But I had to let her know what I was thinking. I want a divorce. I raised the topic calmly. She didn’t seem to be annoyed by my words, instead she asked me softly, why? 

I avoided her question. This made her angry. She threw away the chopsticks and shouted at me, you are not a man! That night, we didn’t talk to each other. She was weeping. I knew she wanted to find out what had happened to our marriage. But I could hardly give her a satisfactory answer; she had lost my heart to Jane. I didn’t love her anymore. I just pitied her! 

With a deep sense of guilt, I drafted a divorce agreement which stated that she could own our house, our car, and 30% stake of my company. She glanced at it and then tore it into pieces. The woman who had spent ten years of her life with me had become a stranger. I felt sorry for her wasted time, resources and energy but I could not take back what I had said for I loved Jane so dearly. Finally she cried loudly in front of me, which was what I had expected to see. To me her cry was actually a kind of release. The idea of divorce which had obsessed me for several weeks seemed to be firmer and clearer now. 

The next day, I came back home very late and found her writing something at the table. I didn’t have supper but went straight to sleep and fell asleep very fast because I was tired after an eventful day with Jane. When I woke up, she was still there at the table writing. I just did not care so I turned over and was asleep again. 

In the morning she presented her divorce conditions: she didn’t want anything from me, but needed a month’s notice before the divorce. She requested that in that one month we both struggle to live as normal a life as possible. Her reasons were simple: our son had his exams in a month’s time and she didn’t want to disrupt him with our broken marriage. 

This was agreeable to me. But she had something more, she asked me to recall how I had carried her into out bridal room on our wedding day. She requested that every day for the month’s duration I carry her out of our bedroom to the front door ever morning. I thought she was going crazy. Just to make our last days together bearable I accepted her odd request. 

I told Jane about my wife’s divorce conditions. . She laughed loudly and thought it was absurd. No matter what tricks she applies, she has to face the divorce, she said scornfully. 

My wife and I hadn’t had any body contact since my divorce intention was explicitly expressed. So when I carried her out on the first day, we both appeared clumsy. Our son clapped behind us, daddy is holding mommy in his arms. His words brought me a sense of pain. From the bedroom to the sitting room, then to the door, I walked over ten meters with her in my arms. She closed her eyes and said softly; don’t tell our son about the divorce. I nodded, feeling somewhat upset. I put her down outside the door. She went to wait for the bus to work. I drove alone to the office. 

On the second day, both of us acted much more easily. She leaned on my chest. I could smell the fragrance of her blouse. I realized that I hadn’t looked at this woman carefully for a long time. I realized she was not young any more. There were fine wrinkles on her face, her hair was graying! Our marriage had taken its toll on her. For a minute I wondered what I had done to her. 

On the fourth day, when I lifted her up, I felt a sense of intimacy returning. This was the woman who had given ten years of her life to me. On the fifth and sixth day, I realized that our sense of intimacy was growing again. I didn’t tell Jane about this. It became easier to carry her as the month slipped by. Perhaps the everyday workout made me stronger. 

She was choosing what to wear one morning. She tried on quite a few dresses but could not find a suitable one. Then she sighed, all my dresses have grown bigger. I suddenly realized that she had grown so thin, that was the reason why I could carry her more easily. 

Suddenly it hit me… she had buried so much pain and bitterness in her heart. Subconsciously I reached out and touched her head. 

Our son came in at the moment and said, Dad, it’s time to carry mom out. To him, seeing his father carrying his mother out had become an essential part of his life. My wife gestured to our son to come closer and hugged him tightly. I turned my face away because I was afraid I might change my mind at this last minute. I then held her in my arms, walking from the bedroom, through the sitting room, to the hallway. Her hand surrounded my neck softly and naturally. I held her body tightly; it was just like our wedding day. 

But her much lighter weight made me sad. On the last day, when I held her in my arms I could hardly move a step. Our son had gone to school. I held her tightly and said, I hadn’t noticed that our life lacked intimacy. I drove to office…. jumped out of the car swiftly without locking the door. I was afraid any delay would make me change my mind…I walked upstairs. Jane opened the door and I said to her, Sorry, Jane, I do not want the divorce anymore. 

She looked at me, astonished, and then touched my forehead. Do you have a fever? She said. I moved her hand off my head. Sorry, Jane, I said, I won’t divorce. My marriage life was boring probably because she and I didn’t value the details of our lives, not because we didn’t love each other anymore. Now I realize that since I carried her into my home on our wedding day I am supposed to hold her until death do us apart. Jane seemed to suddenly wake up. She gave me a loud slap and then slammed the door and burst into tears. I walked downstairs and drove away. At the floral shop on the way, I ordered a bouquet of flowers for my wife. The salesgirl asked me what to write on the card. I smiled and wrote, I’ll carry you out every morning until death do us apart. 

That evening I arrived home, flowers in my hands, a smile on my face, I run up stairs, only to find my wife in the bed - dead. My wife had been fighting CANCER for months and I was so busy with Jane to even notice. She knew that she would die soon and she wanted to save me from the whatever negative reaction from our son, in case we push through with the divorce.— At least, in the eyes of our son—- I’m a loving husband…. 

The small details of your lives are what really matter in a relationship. It is not the mansion, the car, property, the money in the bank. These create an environment conducive for happiness but cannot give happiness in themselves.

So find time to be your spouse’s friend and do those little things for each other that build intimacy. Do have a real happy marriage! 

If you do, you just might save a marriage. Many of life’s failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up.

kuat

"do not give up. the beginning is always the hardest."

winner or loser?

Selesai kau berpakaian lengkap dari kepala hingga ke tapak kaki, kau duduk bersedia di atas apa yang kau tunggang. Kau bergerak perlahan ke tempat permulaan. Sekeliling kau semuanya tidak sama. Ada yang handal dan ada yang setaraf dengan kau dan ada juga yang baru hendak belajar tentang dunia yang telah kau lalui. Kau diberi masa untuk bersedia. Kau gementar bagai hendak terkeluar semua cucian badan kau. Kau telan air liur kau banyak kali. Dalam hati kau berkata semangat untuk diri kau.

"aku boleh. aku kuat. aku tahu aku mampu buat."

Saat lampu menyala, kau memerah tunggangan kau sepenuh hati. Kau berasak-asak untuk dihadapan. Untung kau kalau kau berjaya tapi semuanya di tangan kau sendiri. Kau yang kawal keadaan kau.

Kau banyak halangan dihadapan. Satu persatu kau kena harungi untuk kau dapat apa yang kau idamkan. Kau berusaha sepenuh hati sepenuh tenaga. Kau lupa dari mana datangnya bahaya tapi kau berhati-hati menyusun strategi.

Kau berjaya?

Penamatnya hampir tiba. Kau masih dibelakang. Apa yang kau idamkan masih jauh dihadapan. Kau masih berusaha diselekoh terakhir. Kau memerah keringat kau untuk kali terakhir. Kau yakin kau mampu. Kau tidak mahu kalah. Kau tidak mahu menanggung kesedihan lagi.

Adakah kau berjaya kali ini?

.........

Itulah perlumbaan. Sama bukan dengan cinta? Satu persatu kau kena tempuh untuk berjaya. Susah bukan? Tapi kalau kau usaha, kau mampu berdiri megah disinggahsana. Kau mampu mendapatkan apa yang kau mahu. Itu balasan kau setelah penat kau berusaha. Indah bukan? Tapi kau perlu telan yang pahit dulu.

Cinta dan perlumbaan banyak persamaan. Kau setuju?

Salam.


"aku mengejar"

Sunday 16 October 2011

path




2 tahun aku hidup dengan lagu ini. Ada cerita dan ada sebab. Semua aku simpan dalam-dalam. Jauh sudah aku cuba hilangkan tapi tetap sama. Tak berubah satu benda. Musykil juga aku dengan yang ini. Kenapa? Aku tidak tahu. Aku tiada jawapan. Kalau aku pusing mana-mana, tetap tidak boleh sama. Itu juga yang ada duduk dalam diri aku. Aku mahu luahkan tapi aku tidak tahu bagaimana. Mungkin semua ini kena perlahan, kena sabar. Lambat-laun ada jalannya tapi itu tidak tahu bila. Aku cuba dan aku masih cuba untuk cari jalan itu sehingga semuanya selesai. Kalau ada lampu maka jalan aku akan terang-benderang tapi kalau ada malam kelam maka jalan aku akan gelap-gelita. Minta petunjuk dan jangan diam.

Salam.

tuah

"sayang, mainkan aku satu lagu. aku rindulah nak dengar kau nyanyikan lagu untuk aku. boleh ye sayang."

"boleh. tapi lagu apa yang kau mahu dengar?"

"ermm, ikut suka kau lah sayang."

"baiklah. kau dengar baik-baik ye."

Shah memetik tali gitarnya satu-persatu. Shah senyum melihat wajah kekasihnya, Siti. 

"aku nyanyi ya. sedia?"

Siti menganggukkan kepalanya. "baiklah sayang."

"pernahkah engkau berfikir. apa yang ku lakukan itu cinta. pernahkah engkau sadari. setiap ku bicara itu cinta. pernahkah engkau mengerti. yang ku inginkan berdua denganmu. walaupun hanya sedetik. memandang wajahmu itu cukup bagiku. hanya kau yang ku mahu. ku takkan hidup tanpa dirimu. hidup tiada ertinya. bila aku tak bisa. memiliki dirimu."

Shah berhenti menyanyi. Dia menundukkan mukanya ke bawah. 

"kenapa sayang? kenapa kau berhenti?" tanya Siti.

"adakah aku memiliki dirimu?"

"sayang, kau memiliki diriku dan cintaku. kau kan imamku. kalau kau tak memiliku, jangan harap kau akan mengahwiniku dan menjadi ayah kepada anak dalam kandungan ini."

Shah senyum. Dia mencium dahi Siti dengan penuh kasih sayang. Bertuah sungguh Shah rasa kerana memiliki seorang isteri yang amat menyayangi dirinya. 

p/s: kenapa makin jiwang tulisan gua nie? aishhh..

apple

"Mengetahui yang anda akan mati adalah cara terbaik untuk mengelak perangkap, memikirkan kita akan kehilangan sesuatu. Ibarat anda sudah berbogel, tiada sebab untuk anda tidak mengikut kata hati" 
                                                                                         Steve Jobs

Thursday 13 October 2011

tweet fest

OctTwtFest will be held at:

Digi Telecomunication Sdn Bhd,

Lot 10, Jalan Delima 1/1 Subang Hi-Tech Industrial Park 40000, 

Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. 

GPS: 3.0689098253134692, 101.56967639923096

OctTwtFest goal:

1. To gather at least 1,500 tweeps to attend this twtup
2. To put Malaysia on the map, and beat the current Guinness Book of Record held by Ford, which is 1,149 check-ins at a venue for a twtup
3. To unlock the Epic Swarm Badge (more than 1000 check-ins at a venue)
 

p/s: aku tiada tweeter. jadi, aku tak perlu hadir. ye dak?

anak kecil

Kedengaran bunyi orang berlari di lantai rumah papan itu. Salmah yang sedang tekun membasuh pinggan di dapur tersentak dengan bunyi tersebut. Salmah mendiamkan diri tatkala cuba untuk mengenalpasti siapa yang berlari di dalam rumahnya. Salmah memandang ke ruang tamu rumah papan itu. Salmah tersenyum.

"mak, Alim dah balik. dahagalah mak."

"lainkali bagi la salam. mak ingat sapa la tadi. pergi ambil air dekat dalam peti sejuk tu."

Alim segera membuka peti sejuk. Diteguknya air kosong sejuk itu dengan rakusnya.

"lega!" kata Alim. Dia menoleh ke arah Salmah dan memandang pelik ke arah perut Salmah yang membuncit. 

''kenapa ni anak mak? tengok mak lain macam je?" tanya Salmah setelah menyedari tindakan Alim.

"mak, apa ada dalam perut mak tu?"

"adik Alim la. kenapa?"

"mak benci adik Alim ke?"

"eh, mak tak pernah benci anak mak. kenapa Alim cakap macam tu?"

"dah tu, kenapa mak telan dia?"

Salmah ketawa mendengar kata-kata Alim manakala Alim dengan selamba keluar semula untuk bermain dengan rakan-rakannya.


kerdil

"Aku malu kerana tidak dapat menjawab soalan-soalan manusia. Tetapi aku lebih malu dan tambah gerun andai di kampung akhirat nanti aku tidak bisa memberikan jawapan kepada persoalan yg diajukan padaku di dunia kerana kejahilan dan kelalaian diriku ketika di ladang dunia."

Wednesday 12 October 2011

kehidupan


''I HAVE HAD A HAPPY LIFE AND THANK THE LORD. GOODBYE AND MAY GOD BLESS ALL!"
Christopher Johnson McCandless (1968-1992)

Kau rasa lost dalam hidup? Kau tidak tahu apa erti kehidupan? 

Aku rasa, aku ada jawapan untuk itu. Jawapan itu ialah sebuah filem yang diadaptasi dari kehidupan seorang manusia yang bernama Christopher Johnson McCandless also known as Alexander Supertramp

Ini filem tentang kehidupan realiti. Kehidupan melanggar hukum normal manusia berduit. Satu demi satu diajarkan kepada kau apa itu kehidupan sebenar dan apa yang kau cari dalam kehidupan kau. Aku malas membebel panjang lebar. Kau tonton sahaja ya.

genius

Salam.

Dengan nama Allah yang maha genius. Cipta manusia jadi makhluk genius.
Maha besar. Dia, cipta manusia supaya ubah sejarah. Cipta sejarah. Tapi kenapa
manusia jadi bodoh, jadi jahat, jadi perosak dunia?

Sekeliling.
Sekeliling yang mengajar dia. 
Jadi tak sempurna.
Jadi tak seimbang.

takdir

“macam mana hidup dia sekarang? bahagia ke?”

“sudahlah tu Lan. kau lupakan dia je. bukan kau tak boleh cari yang lain. ye dak?”

Lan menoleh ke arah Natrah yang berdiri dibelakangnya. Matanya tepat memandang muka Natrah.

“kenapa? kau masih mengharapkan benda yang tak pasti ke Lan? move forward la bro!”

Lan membisu. Dia memalingkan mukanya semula dan memandang kebawah. Suasana yang sunyi menambahkan kesedihan yang lama tersimpan di dalam hatinya.

“aku tak boleh Nat. bukan aku tak cuba. 2 tahun aku cuba lupakan dia tapi..”

Belum sempat lan menghabiskan ayatnya, natrah menyampuk.

“ah kau! dia tak pandang kau pun. ada dia ambil tahu pasal kau? ada? sikit pun tak Lan. kau tu yang beriya-iya sangat Lan. Bukan takda perempuan lain kat dunia ni. come on la, kau boleh dapat yang lagi bagus. better than her!”

“senang kau cakap Nat. aku yang tanggung semua ni bukan kau. aku sayang dia. kau tak paham nat. kau tak paham!

Lan bangun. Natrah hanya memerhati gerak-geri Lan dan berkata,

“jadi, kau mahu tunggu lagi? makin kau tunggu makin jauh dia pergi. kau cinta dia sangat-sangat kan? pergilah cari dia tapi kau jangan mengharap apa-apa. boleh?”

“kau nak aku jumpa dia tanpa mengharap apa-apa? kau gila Nat? aku bukan lelaki hipokrit. dah tentu aku mengharap dia kembali kat aku.”

“habis, kalau dia tidak mahu kembali kat kau macam mana?”

“takdir Nat. semua ini dah ditulis. aku tak boleh nak buat apa-apa. tapi sebelum itu, aku kena bagitau apa yang ada kat dalam hati aku. aku dah taknak simpan-simpan lagi walaupun sebesar zarah. dah lama aku tanggung sakit ni. Kalau aku simpan, lama-lama boleh jadi barah kot.”

Natrah senyum melihat reaksi Lan. Natrah tahu Lan seorang yang tabah menghadapi dugaan. Natrah bangga dengan kesabaran Lan.

“untunglah kalau gadis pujaan kau tu tau kau macam ni Lan. setia dan sayang dia seorang je.”

“nak buat macam mana Nat. dia jela aku punya megan fox.” Lan senyum kosong.


Tuesday 11 October 2011

tangan kiri

Salam.

Di peringkat ini aku menulis semula. Tatkala semuanya sudah aku tinggalkan ada secebis yang aku ambil semula. Aku masih ada sedikit cerita untuk dirasa sama oleh semua. Boleh dikongsi sama. Ada yang baik kau jadikan panduan dan yang kotor kau buang jauh-jauh. 

Cerita aku untuk semua baca.