Thursday 24 November 2011

takdir 3

"jangan kau selam lama-lama dalam swimming pool tue. nanti kau khayal entah ke mana."


"swimming pool? apa kau merepek nie Nat? bila masa aku pergi swimming?"


"biar aku terangkan kat kau. bila kau dalam swimming pool, kau terapung-apung umpama kau berkhayal. sama dengan dunia kau sekarang Lan. jangan kau hidup dengan fantasi kau. kau khayal nie Lan!"


"Nat, aku still berdiri dalam hidup realiti la. apa kau mengarut nie Nat?"


Lan seakan-akan bengang dengan kata-kata dari Natrah. Lan cuba untuk mengetahui apa yang cuba hendak disampaikan oleh Natrah, sahabat karibnya. 


"apa sebenarnya  yang kau cuba bagitau kat aku nie Nat?"


"tentang dia. tentang dia yang lama duduk dalam pemikiran dan hati kau. apa yang kau dapat Lan? kau semakin jauh hidup dalam dunia ciptaan fantasi kau sendiri. hidup dalam bayangan dia. sampai bila Lan? sampai bila kau ingin terikat dengan ciptaan kau sendiri? kau perlu bebas Lan."


"sikit lagi Nat. sikit masa lagi aku ingin bebas tapi kunci bebas untuk aku masih belum aku dapat."


"kunci apa?"


Natrah bingung dengan kata-kata Lan. Natrah kembali duduk di sebelah Lan. Natrah bertanya lagi,


"kunci apa Lan? kunci apa untuk kau bebas?"


"luahan hati aku Nat. lepas itu, aku dah bebas. aku hanya perlu cakap apa yang selama ini ada dalam hati aku."


"pergilah jumpa dia. lagi cepat kau jumpa lagi cepat kau bebas!"


"belum ada rezeki lagi Nat. bukan aku tak cuba, malah sekarang ini pun aku masih mencuba tetapi semuanya tidak menjadi. tidak sempurna. dia diam seribu bahasa."


Suasana kembali sunyi. Mereka berdua mendiamkan diri setelah puas berdiskusi tentang hal dunia yang hanyalah sementara. Petang itu, petang yang penuh dengan perasaan di hati Lan. Hatinya penuh dengan campuran perasaan yang berbagai-bagai. 


"Lan, bila kau pergi?"


"tahun depan tapi tidak tahu bulan berapa. kenapa Nat? kau nak ikot? kalau kau ikot nanti sape nak jaga suami dengan anak kau?"


"bukanlah. aku cuma risaukan kau je bila kau ada di sana."


"hahaha. kau jangan risau la Nat. pandailah aku jaga diri aku."


"tapi sebelum tue, kau mesti bebas sebelum ke sana Lan. kau mesti bebas. faham?"


"ye itu aku akan usaha. kau jangan risau ya Nat."


Waktu semakin senja menandakan malam akan mengambil tugasnya menggantikan siang. Nat memandang jam pada tangannya.


"Lan aku balik dulu la. hari dah nak malam nie. tapi sebelum aku balik, aku ada something untuk kau. ambil nie."


Natrah menghulurkan sekeping kertas yang dilipat kemas kepada Lan.


"aku balik dulu ya. kau jangan lupa baca apa yang aku tulis tue. bye-bye Lan!"


Lan membuka lipatan kertas tersebut. di dalamnya tertulis sesuatu yang membuatkan Lan tersenyum.


"untuk sahabat ku, Lan. ini untuk kau sebagai pengganti teman bila kau sunyi di sana nanti. Lan, cinta ini kita tak boleh nak paksa-paksa. kau ubahlah diri kau macam mana pun. tapi, kalau orang dah tak mahu, apa daya kau lagi? so, berhentilah mengemis cinta orang yang tidak mahu kan kau. jadilah diri sendiri. sayangi diri kau, dan kemudian nanti cinta akan datang sendiri kepada kau tanpa perlu kau nak mengemis-mengemis lagi. ingat ini Lan."


"terima kasih Nat. kau lah sahabat aku dunia akhirat."







Wednesday 23 November 2011

vblog

Salam.


Video blog atau Vblog. Kau tahu pasal ini apa? Mesti ramai tahu bukan? Ala, kau selalu tonton youtube dari berita tv3 bukan? Mesti kau pernah tonton matlutfi (aku tatau nama betul dia apa) dan lain-lain. Ekpresi muka, cerita atau sesuatu yang ingin dikongsi sama dengan orang lain melalui rakaman video. Tidak kira lah kau bercerita tentang semut ke, kura-kura ke, ataupun saiz kasut kau. Vblog adalah cara yang mudah sebab orang ramai dapat tonton wajah kau dan mereka akan sedar samada kau hensem ataupun kau cantik. Biasalah mentaliti manusia, asal cantik atau hensem mesti jadi pujaan ramai. haha. Jadi kenapa aku sibuk cerita pasal vblog?


Aku mahu bikin vblog untuk diletakkan di dalam blog ini. Muka aku hodoh, aku tolak tepi. Orang cakap aku gila kamera, aku tolak tepi. Sebab aku minat dan suka vblog. Bukan setiap masa aku akan buat vblog cuma bila ada peristiwa-peristiwa tertentu yang aku rasa seronok untuk dibuat vblog, aku akan buat. Jadi, nantikan vblog pertama yang bakal aku hasilkan suatu hari nanti. Insya'allah. 


Anak-anak lelaki mak dan abah. Tahun depan tinggal aku seorang bujang. Yang atas kepala aku tue nak kahwin. Untuk abang ayus, go for it and good luck! 

Monday 21 November 2011

andrea

Salam.

Ini adalah band lama aku. Aku rindu mereka. Disebabkan aku tidak mampu memberi sepenuh komitmen, terpaksa aku menarik diri. Tapi, mereka tetap ada dalam hati dan semangat aku. Sekarang, aku masih bermain muzik cuma pada kadar yang terhad. Nantilah, sudah cukup masa aku akan keluar lagu baru tapi tiada lagi unsur ganas sebab aku sudah mulai perlahan. Untuk followers yang sudah meningkat ramai. Ya dari dua orang bertambah menjadi empat orang, enjoy this video dan sokonglah band Andrea ini. Percayalah, mereka ada soul music yang hebat. By the way, ini video terakhir aku bersama mereka. Sorry, aku tidak pandai menyanyi.


facebook.com/AndreaBand2011

emas

Salam.

Sebagai seorang kaki bola sepak dan peminat bola sepak, sangatlah tidak bagus seandainya aku tidak bercerita tentang perihal perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia menentang Indonesia malam tadi. Ya, sekali lagi Malaysia berjaya memenangi pingat emas pada perlawanan malam tadi dengan penalti 5-4 setelah terikat 1-1 sehingga masa tamat. 

Pertembungan dua negara serumpun ini membuatkan banyak mata tertumpu pada kaca televisyen yang ada di setiap kedai mamak berhampiran termasuk juga aku. Indonesia berjaya menjaringkan gol terlebih dahulu menyebabkan para pekerja kontraktor dari seberang terlompat-lompat kegembiraan sambil menjerit,

"ganyang malaysia!"

Ada juga segelintir yang berbahasa jawa seperti,

"aku wes ngomong karo kue, wong indon pasti menang. kue delok wong malaysia, mainan koyo bocah cilik waie. orak keno sekor (score) gol!"

Namun, penyokong harimau malaya maintain sabar dengan cemuhan para penyokong pekerja kontraktor Indonesia walaupun ada segelintir penyokong Indonesia tersenyum sinis. Akhirnya, kesabaran mereka terbalas apabila Malaysia menjaringkan gol persamaan yang membuatkan penyokong-penyokong Malaysia melonjak kegembiraan sambil menjerit,

"kawe dok kato malaysia buleh. hok mene meme malaysia buleh!"

Ada juga seorang makcik menjerit bukan untuk meraikan gol tersebut tetapi,

"dey macha! mee goreng saya mana?!"

Well, macam-macam perangai pelik dapat dilihat bila kita menonton bola sepak di kedai mamak. Apa pun tahniah buat team Malaysia dan untuk pasukan Indonesia,

cuba lagi 2 tahun ya!

Buat team Malaysia, rabu ini kalian bakal menentang Syria untuk kelayakan olimpik. Bermain bersungguh-sungguh ya. Jangan lupa solat dan minta doa dari Allah swt. Baru berkat nanti. Go Malaysia!

 Alhamdulillah, menang sudah. Terima kasih Allah.

p/s: istifar banyak-banyak. dah banyak mencarut time tengok bola tadi. Allahu'akbar!

23 years old

"Don't love someone for granted, its okay if you love someone and nevermind if she never replied it."

Sunday 20 November 2011

jom

Salam.

Mari ramai-ramai kita pergi majlis ilmu ini. Masuk free sahaja ditambah pula dapat pahala. Pakat ramai-ramai datang ye.

Tuesday 15 November 2011

universiti fail

Salam.

Aku baru selesai membaca macam-macam blog. Ada yang pasal bola, pasal pegangan hidup, pasal cinta dan banyak lagi. Kadang-kadang boleh sesat juga kalau baca cerita yang pelik-pelik. Elok lagi kita mengadap al-quran. Ye dak? Cukup, aku sudah lama tidak menulis jadi hari ini aku mahu kongsi tentang imaginasi. Ya, kau tentu ada imaginasi bukan? Aku punya imaginasi tetapi kalau aku hendak klasifikasikan imaginasi aku ini kepada tahap yang melampau, itu kau yang decide la.

Biar aku kongsi dahulu tentang akademik aku sebab imaginasi ini berkaitan dengan akademik. Aku sekolah di merata tempat. Selangor adalah negeri pertama aku bersekolah. Selepas itu, Pahang dan akhirnya aku menamatkan pembelajaran aku di Negeri Sembilan iaitu pada tahap Politeknik. Di tahap ini, aku melawan syarat yang direka oleh manusia untuk aku mendapatkan segulung diploma. Untuk diploma kau hanya perlu belajar selama 6 semester tapi aku tidak. Aku perlukan 9 semester untuk segulung diploma meletakkan aku sebagai seorang yang lembab. Ya, aku mengaku lembab tetapi bila sudah tahu kelemahan diri, cepat-cepat cari kekuatan agar kelemahan itu dapat di atasi. Jadi, apa kaitan cerita segulung diploma dengan imaginasi?

Bermulanya cerita dongeng. Aku mahu bina sebuah universiti yang dikhususkan untuk orang-orang yang masyarakat merasakan diri mereka tiada masa depan seperti penagih dadah, remaja rosak akhlak dan macam-macam jenis orang lagi yang mempunyai masalah kronik. Aku mahu namakan universiti itu dengan nama Universiti Fail atau singkatannya UniFail. Nampak gah bukan? 

Biar aku terangkan sedikit sebanyak tentang UniFail. Pengasasnya ialah aku. Tenaga pengajar juga aku dan internet. Universiti ini tidak mempunyai bangunan induk jadi pelajar-pelajar boleh belajar di mana-mana. Mudah bukan? Setiap pelajar akan diberi kad tertera nama UniFail. Jika pelajar-pelajar sedang melepak di kedai mamak sambil tengok bola, tiba-tiba mereka terasa ingin belajar. Mereka hanya perlu mengeluarkan kad tadi dan letakkan di atas meja. Dengan ini, pelajar ini sah sedang belajar di salah satu cawangan UniFail iaitu di kedai mamak tadi. 

Bagaimana pula dengan matapelajaran? Ini tertakluk dengan apa yang terlintas di kepala otak pelajar tersebut. Kalau mereka terfikir untuk belajar menjahit, mereka akan belajar menjahit. Mudah bukan? Aku tidak mahu mereka terseksa dengan kewajiban belajar benda-benda yang dipaksa. Jadi, aku berikan mereka pilih untuk apa yang mereka mahu belajar. Tentang peperiksaan akhir pula, aku meletakkan pointer minima untuk lulus ialah 3.0 manakala pointer untuk cemerlang ialah 2.0. Siapa yang hadir waktu peperiksaan akhir di kira gagal. Mereka hanya perlu duduk di rumah membantu ibubapa dan keluarga mereka dan pemarkahan diberikan oleh pihak ibubapa sahaja. 

Bagi majlis konvokesyen, pelajar-pelajar tidak perlu hadir untuk majlis tersebut kerana ianya membuang masa. Buat apa kau hendak beratur panjang, lepas itu salam orang tua yang pakai topi empat segi sambil perbuatan kau tadi dirakam oleh jurukamera dan foto yang terhasil nanti akan dihantar ke rumah kau dengan kadar harga rm45 sekeping atau lebih. Semua itu tidak perlu. Bagi UniFail, 3 hari sebelum konvokesyen kau akan mendapat sehelai baju konvo yang sudah siap. Dihantar melalui pos laju atau fedex. Bila tiba hari konvokesyen, kau pakai baju konvo tersebut dan kau minta ibu atau bapa kau beri kau segulung diploma sebab mereka yang banyak didik kau. Kalau mereka tidak mahu beri kau segulung diploma, bermakna kau sudah gagal. Selepas itu, kau bergambar sendiri dengan ibubapa kau di rumah dan kau gantungkan gambar itu di ruang tamu sebagai kenang-kenangan.

Ini adalah serba sedikit tentang UniFail. Benda ini sudah lama aku bincangkan dengan kawan-kawan aku. Mereka kata ianya bagus untuk negara dan bakal menyebabkan negara ini disegani oleh dunia. Mereka juga sebulat suara mengatakan aku gila. Ala, ini hanya imaginasi tetapi kalau benda betul pun apa salahnya. Ye dak?

Nampaknya sudah panjang aku mengarut. Elok aku berhenti dan solat asar. Menulis benda mengarut boleh menyebabkan kita lagho' pada Allah. Cabut dulu la ya!

Monday 14 November 2011

selesai

Salam.

Kawan aku telah selamat diijabkabulkan pada 11.11.2011 tepat pada pukul 11 pagi. Mungkin ini ijabkabul terakhir yang dapat aku tonton secara live di Malaysia ini. Jadi, aku rakamkan saat-saat indah itu untuk tontonan dan aku kongsikan di sini. Maaflah kualiti rakaman kurang memuaskan setelah aku upload di sini. Kalau mahu yang cantik kau beri pendrive kepada aku nanti aku copy satu untuk kau.



p/s: gambar dan rakaman tanpa edit sebab aku mahu biarkan ianya asli.

Tuesday 8 November 2011

usaha

Salam.

Hari ini aku tidak bekerja berikutan kegagalan kenderaan utama syarikat tempat aku bekerja gagal berfungsi dengan baik. Hal demikian menyebabkan kenderaan itu akan dihantar ke 'klinik' untuk menerima rawatan rapi. 

"hari ni tak keje. kena pergi klinik."

"sape sakit bos? bos sakit ke? semalam ok je."

"van masuk klinik la. rosak plak pagi ni. agak-agak kena operation surgery kot"

"operation surgery tu ape bos?"

"entah aku pon tak tau. aku main sebut je. pembedahan la kot."

"ok!"

Bila aku duduk bersila di atas kerusi pagi-pagi tadi sambil tangan kanan membelek handphone, kepala otak aku memikirkan cerita semalam. Ya, aku punya cerita yang mahu aku kongsi dengan follower-follower yang setiap hari bilangannya sama sahaja. Ala better than one la bak kata omputih.

Jadi, berbalik kepada cerita tadi. Aku bekerja sebagai seorang kuli di sebuah syarikat penghawa dingin. Tempat kerja aku sering berubah-ubah. Kadang-kadang di rumah customer, kadang-kadang di bangunan atau pejabat-pejabat. Semalam, aku bekerja di sebuah rumah yang agak mewah juga yang terletak di sekitar klang. Rumahnya cantik, senibinanya menarik umpama mendapat sentuhan saudara eric leong casa impian. Suprise!

Aku bukan mahu cerita tentang kemewahan customer itu. Ada cerita sedih di sebalik harta yang bertimbun-timbun. Customer itu sendiri yang bercerita dengan aku. Jadi, bolehlah aku mengklasifikasikan cerita ini sebagai kisah benar. Baiklah, customer ini seorang wanita berumur 34 tahun, mempunyai 5 orang cahaya mata, mempunyai harta kemewahan yang banyak, berasal dari sabah dan seorang janda. Ya, kakak ini seorang janda. Tapi, bukan aku hendak cerita tentang dia ini janda atau tidak. Ada benda penting yang aku rasa best tentang kakak ini, dia juga seorang 'saudara baru' yang berhijrah dari agama asalnya iaitu kristian. Lupa terus pasal bab janda tu kan? :p

Dia berhijrah setelah berjumpa dengan arwah suaminya yang juga merupakan seorang saudara baru. Arwah suaminya seorang yang berbangsa cina. Mereka berhijrah bersama-sama sebelum berkahwin lagi. Sekarang, apa masalah yang cuba aku ceritakan? Ini sudah menjadi bab serius.

This is the main problems. Akak ini tidak pandai mengaji, tidak pandai membaca atau menulis dalam tulisan jawi dan seorang yang naif dalam bab agama. Bahkan bukan itu sahaja, anak-anak dia juga tidak pandai mengaji dan solat. 

"akak tak tahu masa depan akak cemana. akak nak mengaji tapi akak tak pandai."

Cuba kau bayangkan ada orang cakap macam itu depan muka kau. Kau seorang islam tapi ada saudara islam kau tidak terbela dengan didikan agama lagi-lagi seorang saudara baru. Apa agaknya pandangan mereka tentang agama islam, tentang orang-orang islam. Mereka umpama kapal yang berlayar tetapi tiada arah.

"akak risau dengan anak-anak akak. takut sangat kalau diorang besar nanti tukar agama sebab cetek ilmu tentang agama islam."

Bila aku tanya anak sulung akak ini yang berumur 12 tahun. Jawapannya sangat menyedihkan.

"adik pandai mengaji? pandai solat?"

"tak tahu. tak kenal huruf al-quran." sambil geleng-geleng kepala.

Masya'allah. Rupa-rupanya, dalam mereka hidup dengan harta kemewahan, mereka masih lagi merasa kekurangan dan kekurangan itu mereka anggap paling penting berbanding harta. 

"akak tak kisah kalau berhabis harta ni demi akak dengan anak-anak guna buat belajar agama."

Akak ini usaha hendak belajar agama belajar mengaji sampaikan setiap hari setiap waktu, akak ini akan mainkan cd mengaji di rumahnya. Akak ini belajar solat dengan membaca buku panduan solat. Setiap langkah serta bacaan dalam solat akan ditampal di dinding bilik solatnya. Semuanya di tulis dalam bahasa rumi. Kalau kau masuk bilik solatnya, kau tentu akan sebak. Percayalah, dia lebih mahu menjadi seorang islam yang sempurna dari manusia yang lahirnya beragama islam tetapi tiada langsung minat tentang agama islam.

Insya'allah, aku doakan agar akak dan keluarganya dijauhkan dari gangguan syaitan dan mendapat bimbingan daripada Allah swt. Kita semua kena bantu saudara islam kita yang mempunyai masalah seperti ini. Sudah menjadi amanah kita saling bantu-membantu saudara sesama islam lagi-lagi seorang muallaf. Jangan dibiarkan mereka ini terumbang-ambing tanpa dibantu oleh sesiapa. Kelak kita akan di soal di sana nanti sebab kita tidak membantu saudara islam sendiri.

Allahu'akbar.


Monday 7 November 2011

kau pilih

salam aidiladha

Walaupun sudah terlewat, aku ingin juga mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua umat islam di seluruh dunia. Semoga dengan kehadiran lebaran ini dapat mendekatkan jiwa dan hati kita kepada Allah swt.

Dikesempatan ini juga, aku ingin mengajarkan kepada semua cara-cara mengapak tulang lembu korban dengan betul.

Langkah pertama: Pastikan kedudukan kapak dan tulang berada ditempat yang betul. Aim kapak tersebut ditempat yang ingin dikapak. Ini penting, mulakan membaca bismillah dan pastikan wajah kau kelihatan cool dan bergaya.

Langkah kedua: Hayunkan kapak tersebut ke atas dengan sepenuh hati. Pastikan mata kau melihat tepat ke arah tempat yang telah kau aim tadi. Ini penting, pastikan kau mengetip bibir supaya wajah kau kelihatan suci dan jauhkan tangan kau dari kapak supaya kau masih mampu memakai cincin di jari manis kau ketika majlis pernikahan kau nanti.

Langkah ketiga: Hentakkan kapak ke tulang lembu tersebut dengan penuh semangat sambil mata kau memandang tepat ke arah tulang umpama kau membenci tulang tersebut. Ini penting, pastikan kau mengemut rahang gigi kau sehingga pipi kau mengeras. Kau boleh rujuk gambar di atas bagaimana cara mengemut pipi. Ini membuatkan kau masih dalam keadaan cool dan seksi.

Semua gambar di atas hanyalah gurauan sahaja. Kadang-kadang kalau serius sangat pun tidak seronok juga. Ye dak?

Salam.

perempuan berkalung sorban


Aku sedang berusaha men'download' filem ini yang aku rasakan amat seronok ditonton. Aku baca sinopsis, aku teruja dan meyakinkan aku bahawa filem ini bagus. Aku tanya kawan-kawan, mereka kata filem ini bagus dan patut ditonton. Kau baca dahulu sinopsisnya, baru kau tonton filemnya. 

Nanti bila aku sudah habis menonton filem ini, aku akan review ceritanya ya. Salam.

Friday 4 November 2011

realize

Dahulu abang aku pernah berpesan,

"dik, hidup ni ada peringkatnya. setiap peringkat mesti ada target, ada tujuan. Kau tak boleh nak sapu bersih semua sekali dalam hidup kau. Kau tak boleh nak itu nak ini dalam satu masa. Kalau kau tahu apa yang kau nak dan kau mampu jadikan apa yang kau mahu itu satu kenyataan, kau dah berjaya melangkah ke peringkat yang lagi atas."

Bagi aku, betul kata abang aku. Hidup mesti ada peringkat dan mesti ada target serta tujuan. Semua ini membuatkan aku sedar tentang erti kehidupan. Alhamdulillah, mematangkan kehidupan aku sekarang. Aku mulai sedar mana baik mana buruk. Mana penting mana tidak penting. Mana patut aku ambil mana patut aku buang. Tidak semua benda aku kena ada, tidak semua keseronokkan aku patut rasa.

Dahulu aku banyak mengeluh dengan apa yang aku rasa tidak cukup,

"kenapa hidup aku tidak seperti mereka?"

Tetapi bila aku belajar kenal diri sendiri, aku sedar yang aku adalah diri aku. Ada sebab semua ini terjadi. Ada kekurangan pada diri yang dahulunya aku tidak sedar. Mana mungkin tuhan hendak memakbulkan doa hambanya kalau hambanya sendiri tidak mengikut suruhan-Nya.

Ye dak?

Wednesday 2 November 2011

ya Allah

"orang yang berkasih sayang kerana Allah. Allah menaungi mereka di bawah naungannya pada hari tiada naungan kecuali naungannya"

 
p/s: aku menyayangi kalian semua kerana Allah swt.

orang terengganu


Kalau ada kawan-kawan duduk dekat Gong Badak, pakat-pakatlah beritahu mereka semua datang event ini. Ada hiburan dan yang penting ada juga majlis ilmu. Rugi kalau tidak hadirkan diri. Seronok kalau dapat dengar macam mana orang yang dahulunya jahil tentang agama islam kembali ke jalan Allah swt. Sebar-sebarkan ya! 

Salam.

hujan itu rahmat.

Tumpang tanya, di mana saya boleh sewa atau beli sampan second-hand? Rumah aku banjir la. Lepas ini, dah boleh jiblon macam zaman budak-budak dulu. Yahoo!

walaupun banjir, tetap pergi kerja. hahaha!


lokasi: belakang rumah. depan rumah tak boleh lalu, hanya bot sahaja dibenarkan lalu. :P