Tuesday 6 December 2011

not yet

Salam.


Hari itu di majlis ilmu. Ustaz ada sebut,


"kalau Allah kata bukan rezeki kita, roti yang tinggal seinci je nak masuk mulut pun boleh jatuh ke tanah. Ikan yang diletak bawah tudung salji pun boleh dicuri kucing juga. itu kalau Allah kata bukan rezeki kita. tapi bila Allah kata itu rezeki kita, emas di balik gunung pun boleh jadi milik kita. sabar, kalau rezeki kita belum datang. insya'allah, ianya akan datang cuma lewat atau cepat je."


Sabar. Perkataan ini yang ada dalam hati semalam. Percaya pada qada' dan qadar, insya'allah kita akan ditunjukkan dimana punca rezeki kita. Jadi, dalam keadaan stone bengang, aku pulang ke ofis kak hany. Lepak sambil kacau Ryan tengok tv.



Inilah Ryan. 
Anak buah aku paling kecil sekali. Staff yang paling rajin dalam company kak hany.

Lepas kacau budak toyol tue sampai dia lelap, aku mengadap internet. Then, buka blog cari benda yang kelakar. Saja nak buat hati happy semula. Lastly, aku dapat satu benda yang sangat seronok untuk dipraktikkan. Benda ini sangat kelakar dan wajib kau pun buat. Ini dikira cabaran dari aku untuk kau. Aku cabar kau dan kalau kau mampu buat, akan aku hadiahkan kau sesuatu yang berharga. Cabaran ini, aku dah buat bersama kawan-kawan aku. Kami membuat cabaran nombor 4 dan 5. Kami berdedikasi untuk menghabiskan cabaran ini.

Kau mahu tahu apa cabarannya? Ini dia,


selamat mencuba. kahkahkah!

No comments:

Post a Comment