Tuesday 27 December 2011

step up

Salam. 

Hampir sebulan aku hidup menganggur. Tiada kerja, hanya duduk berehat di rumah. Kalau dikira-kira, aku tidak berhenti bekerja selama 3 tahun. 2 tahun ketika masih study dan 1 tahun selepas habis study. Maknanya, 4 tahun waktu belajar aku diselang-seli dengan waktu bekerja. Patutlah aku bengap masa sedang belajar kerana purata tenaga aku dihabiskan untuk bekerja dan sisa-sisa tenaga yang tinggal itulah yang aku simpan untuk waktu belajar. Ok, jauh sudah aku mengarut. 

Berbalik pada hal menganggur tadi, selama sebulan ini aku penuhi waktu cuti dengan aktiviti temuduga atau dalam bahasa inggerisnya, interview. Alhamdulillah, tidak sia-sia pengalaman kerja selama 3 tahun dulu banyak membantu dalam sesi temuduga tersebut. Insya'allah, tahun 2012 nanti aku mula bekerja dengan suasana kerja yang baru. 

Semalam aku tonton sebuah movie. Di dalam movie tersebut ada quote yang berbunyi begini,

"perjalanan lebih baik dari destinasi"

Bila aku fahami maksudnya aku kata ianya bagus. Untuk sampai ke sesuatu tujuan kita akan berdepan bermacam halangan. Ketika itu kita belajar tentang diri kita. Apa yang kita kurang dan apa yang kita kuat. Halangan itu membuatkan kita menjadi matang. Kita sedar sekeliling dan kita belajar dari sekeliling. Aku belajar dari sekeliling aku. Bila aku pandang kiri kanan, aku nampak guru. Tetapi jangan silap belajar nanti kau duduk terapung dalam air. Itu untung kau terapung tetapi kalau kau tenggelam dan terus hanyut? 

Moga Allah swt menunjukkan aku dan kau jalan yang lurus dan diberkati-Nya. 


untuk siswa-siswi, selamat menghadapi final exam!

No comments:

Post a Comment