Sunday 16 October 2011

path




2 tahun aku hidup dengan lagu ini. Ada cerita dan ada sebab. Semua aku simpan dalam-dalam. Jauh sudah aku cuba hilangkan tapi tetap sama. Tak berubah satu benda. Musykil juga aku dengan yang ini. Kenapa? Aku tidak tahu. Aku tiada jawapan. Kalau aku pusing mana-mana, tetap tidak boleh sama. Itu juga yang ada duduk dalam diri aku. Aku mahu luahkan tapi aku tidak tahu bagaimana. Mungkin semua ini kena perlahan, kena sabar. Lambat-laun ada jalannya tapi itu tidak tahu bila. Aku cuba dan aku masih cuba untuk cari jalan itu sehingga semuanya selesai. Kalau ada lampu maka jalan aku akan terang-benderang tapi kalau ada malam kelam maka jalan aku akan gelap-gelita. Minta petunjuk dan jangan diam.

Salam.

No comments:

Post a Comment