Tuesday 18 October 2011

winner or loser?

Selesai kau berpakaian lengkap dari kepala hingga ke tapak kaki, kau duduk bersedia di atas apa yang kau tunggang. Kau bergerak perlahan ke tempat permulaan. Sekeliling kau semuanya tidak sama. Ada yang handal dan ada yang setaraf dengan kau dan ada juga yang baru hendak belajar tentang dunia yang telah kau lalui. Kau diberi masa untuk bersedia. Kau gementar bagai hendak terkeluar semua cucian badan kau. Kau telan air liur kau banyak kali. Dalam hati kau berkata semangat untuk diri kau.

"aku boleh. aku kuat. aku tahu aku mampu buat."

Saat lampu menyala, kau memerah tunggangan kau sepenuh hati. Kau berasak-asak untuk dihadapan. Untung kau kalau kau berjaya tapi semuanya di tangan kau sendiri. Kau yang kawal keadaan kau.

Kau banyak halangan dihadapan. Satu persatu kau kena harungi untuk kau dapat apa yang kau idamkan. Kau berusaha sepenuh hati sepenuh tenaga. Kau lupa dari mana datangnya bahaya tapi kau berhati-hati menyusun strategi.

Kau berjaya?

Penamatnya hampir tiba. Kau masih dibelakang. Apa yang kau idamkan masih jauh dihadapan. Kau masih berusaha diselekoh terakhir. Kau memerah keringat kau untuk kali terakhir. Kau yakin kau mampu. Kau tidak mahu kalah. Kau tidak mahu menanggung kesedihan lagi.

Adakah kau berjaya kali ini?

.........

Itulah perlumbaan. Sama bukan dengan cinta? Satu persatu kau kena tempuh untuk berjaya. Susah bukan? Tapi kalau kau usaha, kau mampu berdiri megah disinggahsana. Kau mampu mendapatkan apa yang kau mahu. Itu balasan kau setelah penat kau berusaha. Indah bukan? Tapi kau perlu telan yang pahit dulu.

Cinta dan perlumbaan banyak persamaan. Kau setuju?

Salam.


"aku mengejar"

1 comment:

  1. perlumbaan motor mahupun cinta lebih kurang saja. cinta itu pun satu perlumbaan. antara mahu atau tidak, antara usaha atau give up, terpulang pada empunya diri. well, perlumbaan motor, kau pasti berjaya. jgn putus asa ya :) btw, hidup ini mmg satu perlumbaan ;p

    ReplyDelete