Sunday 16 October 2011

tuah

"sayang, mainkan aku satu lagu. aku rindulah nak dengar kau nyanyikan lagu untuk aku. boleh ye sayang."

"boleh. tapi lagu apa yang kau mahu dengar?"

"ermm, ikut suka kau lah sayang."

"baiklah. kau dengar baik-baik ye."

Shah memetik tali gitarnya satu-persatu. Shah senyum melihat wajah kekasihnya, Siti. 

"aku nyanyi ya. sedia?"

Siti menganggukkan kepalanya. "baiklah sayang."

"pernahkah engkau berfikir. apa yang ku lakukan itu cinta. pernahkah engkau sadari. setiap ku bicara itu cinta. pernahkah engkau mengerti. yang ku inginkan berdua denganmu. walaupun hanya sedetik. memandang wajahmu itu cukup bagiku. hanya kau yang ku mahu. ku takkan hidup tanpa dirimu. hidup tiada ertinya. bila aku tak bisa. memiliki dirimu."

Shah berhenti menyanyi. Dia menundukkan mukanya ke bawah. 

"kenapa sayang? kenapa kau berhenti?" tanya Siti.

"adakah aku memiliki dirimu?"

"sayang, kau memiliki diriku dan cintaku. kau kan imamku. kalau kau tak memiliku, jangan harap kau akan mengahwiniku dan menjadi ayah kepada anak dalam kandungan ini."

Shah senyum. Dia mencium dahi Siti dengan penuh kasih sayang. Bertuah sungguh Shah rasa kerana memiliki seorang isteri yang amat menyayangi dirinya. 

p/s: kenapa makin jiwang tulisan gua nie? aishhh..

No comments:

Post a Comment