Wednesday 26 October 2011

hukum

Semalam di majlis ilmu, ada cerita yang disampaikan oleh sahabat untuk sama-sama kita renungkan. Aku rasa bertanggungjawab untuk berkongsi cerita sahabat itu disini walaupun bilangan pembaca blog ini tidak ramai mana. Jadilah daripada tiada siapa yang hendak membaca. Kalau kata ustaz, sebarkanlah ilmu yang baik-baik kepada orang lain walaupun hanya seorang sahaja yang mendengarnya kerana jika kita tahu ilmu yang baik, adalah amanah kita untuk menyebarkan kepada orang lain. Aku hendak bercerita dihadapan, aku tidak berani. Jadi, aku gunakan blog untuk menjadi medium aku berkongsi dengan orang lain. Cerita sahabat adalah benar. Cerita ini diceritakan oleh kawan sahabat aku tadi. Ianya terjadi semasa bulan puasa tempoh hari.

Di dalam sebuah pusat membeli-belah. Ramai orang datang ke pusat membeli-belah itu untuk membeli barang-barang keperluan hari raya yang bakal menjelang tidak lama nanti. Kawan sahabat aku bekerja sebagai seorang spy bagi pusat membeli-belah tersebut. Untuk pengetahuan umum, setiap pusat membeli-belah di Malaysia ini memang wujud spy bagi memantau masalah kecurian. Dipendekkan cerita, kawan sahabat aku tadi terlihat seorang makcik telah mencuri baju kanak-kanak. Makcik tersebut menyorokkan baju kanak-kanak tersebut di dalam baju kurung makcik tersebut.

Jadi, kawan sahabat aku tadi telah menangkap makcik tersebut dan membawanya ke sebuah bilik yang dipercayai bilik pengawal keselamatan. Memang prosedur, suspek yang dikenalpasti mencuri akan di bawa ke bilik pengawal untuk disoal siasat sebelum dihantar ke balai polis. Kawan sahabat saya menyoal makcik tersebut, kenapa mencuri?

"makcik takde duit nak beli baju baru untuk anak makcik. makcik terpaksa mencuri."

Makcik itu menangis ketika menjawab soalan tadi dan merayu untuk dilepaskan. Pada mulanya, kawan sahabat saya tadi tidak melepaskan makcik tersebut tetapi setelah melihat makcik tersebut merayu-rayu minta dilepaskan, dengan perasaan berperikemanusiaan kawan sahabat aku tadi pun melepaskan makcik tersebut. Selepas waktu bekerja habis, kawan sahabat aku tadi berjumpa dengan sahabat.

kawan sahabat: tadi aku lepaskan seorang makcik yang mencuri.

sahabat: kenapa kau lepaskan?

kawan sahabat: aku tak sampai hati. dia menangis minta dilepaskan. kesian aku tengok dia.

sahabat: kenapa dia mencuri?

kawan sahabat: dia cakap, MAKCIK TAK ADA DUIT NAK BELI BAJU BARU UNTUK ANAK MAKCIK. MAKCIK TERPAKSA MENCURI.

sahabat: kau tak rasa kau diperbodohkan?

kawan sahabat: kenapa pula? aku lepaskan makcik tue sebab aku kesian kat dia. dia orang susah.

sahabat: jawapan aku, kenapa nak mencuri sedangkan anak dia tak berbogel pun. pakai sahaja baju lama. kenapa mesti nak baju baru? adakah baju baru lagi bagus dari dia melanggar hukum Allah swt dengan mencuri? kalau pun dia nak jugak beli baju baru, dia boleh simpan duit. cari duit. bukan dengan mencuri. itu kan dosa. 

Apa motif cerita ini? Negara kita menggunakan undang-undang manusia bukan undang-undang Allah swt. Kalau undang-undang Allah swt digunakan, tidak sama sekali berlaku kejadian seperti cerita tadi. Siapa mahu mencuri kalau hukumnya potong tangan. Ye dak?

No comments:

Post a Comment