Sunday 30 October 2011

hijrah

Bila hidup tidak seimbang, terumbang-ambing macam tiada arah, tidak tahu mana arah tuju hidup, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Maka, selepas itu mesti baru teringat pada pencipta, baru ingat minta petunjuk, baru ingat dosa dan pahala. Nampak sungguh jahil diri sendiri. Bila senang, mudah betul lupa, lupa asal usul datang dari mana, lupa perjanjian hidup di dunia. Agak-agak kalau esok tiada nyawa, lihat jasad sendiri kaku terbaring, sejuk pucat menanti di bawa ke dunia lain. Apa yang kita rasa ye?

Kadang-kadang hidup mendabik dada. Kata diri sendiri bagus, hebat dan perkasa. Kalau tidak keluar dari mulut mungkin terpancul sedikit dari hati. Kadang-kadang hidup jadi lupa diri. Tidak tahu pangkat darjat diri hina ini. Mana sama duduk berdiri dengan pencipta. Tanggungjawab dan ikrar diletak ke tepi. Hanya di tengah-tengah ada durjana, ada malapetaka. Yang suci kita campak mana ye?

Sentuh bab perasaan cinta. Jauh umur sama dengan nafas sendiri. Mula-mula dijaga tapi lama-lama hilang mahkota. Tidak kira mana jantina, semua sama. Sudah kata hamba, maka kita tiada darjat hendak dibanding-bandingkan. Sekali sudah salah, susah hendak berpatah balik, kadang-kadang terus merana ke lembah hitam gelap-gelita. Lelaki, dilahirkan untuk menjadi imam. Didodoi sehingga akil baligh tapi bila sinar dunia sudah di kenal, habis semua dilanggar. Bukan yang baik. tetapi yang hodoh dan jijik dibanggakan lantas di bawa ke sana nanti. Sudah tentu jadi bahan utama pembakar neraka. Wanita, hijabnya hendak dijaga penuh satu anggota. Satu terbuka habis menjadi sedekah akaun neraka. Jangan dilupa, sebelum ada yang berani menanggung dirinya, semua tanggungan akaun dosa dipegang oleh ibubapa. Sebesar zarah pun mereka yang tanggung. Banggakah kita menjadi anak-anaknya?

Sudah sampai masa berhijrah bersama. Pegang kuat agama kita tidak kira kita siapa kerana cukup masa kita disana sama sahaja. Yang berbeza hanya amalan kita. Untung kita sudah dibantu, kita hanya perlu 5 waktu sahaja, kalau tidak kena berpuluh-puluh rakaat. Itu pun tidak tentu penuh atau tidak. Itu tiang kita, tiang kita perlu teguh baru sempurna perwatakan kita di dunia ini. 

Satu kajian, bila ditanya bagaimana kerajaan Hosni Mubarak tumbang? Jawapannya ringkas, SOLAT.

salam.

No comments:

Post a Comment