Tuesday 3 January 2012

hikmah

Salam.

Sebelum apa-apa, aku hendak meminta maaf sebab tidak dapat merakamkan vblog untuk tahun baru tempoh hari. Aku terlupa untuk membawa kamera tempoh hari. Jadi untuk vblog seterusnya mungkin akan ada dalam masa terdekat ini, insya'allah. Ceh, macam ramai sangat hendak menonton vblog tu. Haha.

Selalunya kita tidak akan sentiasa ceria bila mana datangnya sesuatu yang baru. Kadang-kadang ianya datang untuk menduga iman dan kekuatan kita kepada Allah SWT. Jika ianya indah, itu nikmat kepada kita untuk terus bersyukur kepada Allah SWT. Jika ianya sesuatu yang kita tidak sangka akan terjadi, bersabarlah dengan dugaan-Nya kerana apa sekalipun yang datang dan pergi semuanya ketentuan Allah SWT. 

Aku berkongsi kesedihan dengan pemergian ibunda dan abang kepada seorang sahabat yang pergi menemui Allah SWT tatkala kita bergembira dengan kehadiran tahun 2012 ini. Moga-moga Allah merahmati roh mereka di sana. Sabarlah sahabat, percayalah ini semuanya ada hikmah tertentu. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah untuk roh kedua-duanya.

AL-FATIHAH

No comments:

Post a Comment