Monday 30 January 2012

bukan malas

*bersihkan sarang lelabah kat blog ni. kemain lama tak update blog. sorry!


Salam.


Lama betul aku bertapa kali ini. Yelah, sunyi macam sudah malas menulis kan? Bukanlah, aku masih menulis cuma ada kerja-kerja tertentu untuk diselesaikan pada jangka masa terdekat ini dan mungkin berlarutan sehingga akhir tahun 2012. Wow, sudah macam perdana menteri rasanya. Ok, marilah aku kongsi sedikit apa aktiviti aku yang semacam bizi ni.


Sekarang, aku hanya ada sebulan lagi untuk siapkan diri dan 'kuda besi' untuk pertandingan pada bulan 3 nanti yang akan bermula tidak silap aku di Batu Kawan. Ya, aku berlumba motor dan motor itu aku panggil 'kuda besi'. Dia sekarang sedang di-upgrade baik dari segi kuasa dan luarannya. Maklumlah, dia itu spesis jantan maka seharusnya dia berpakaian segak dan macho di Batu Kawan nanti. Disebabkan hal ini juga aku bersama krew-krew tetap terpaksa mencari penaja untuk menampung kos untuk setiap perlumbaan nanti. Jadi, terpaksalah jumpa penaja sana sini dan alhamdulillah, penaja pun sudah ada. Insya'allah dengan izin-Nya aku mahu jadikan kerja ini sesuatu yang mendatangkan hasil. Amin.


*nanti aku upload gambar 'kuda besi' dengan baju barunya ya!


Kerja. Apa cerita kerja kali ini? Rezeki aku tidak putus, terima kasih Allah. Cuma aku masih belum menemui kerja yang betul-betul sesuai dengan aku. Banyak tempat aku dapat cuma aku tolak sebab tidak kena dengan apa yang aku mahu. Bukan kira gaji cuma aku ada komitmen pada hujung minggu jadi aku perlukan kerja yang working day hanya 5 hari sahaja. Esok, aku ada sesi temuduga dengan sebuah syarikat oil and gas di Shah Alam. Bila aku kaji, syarikat ini menggunakan sistem 5 hari bekerja dan itu cukup sesuai dengan apa yang aku mahu. Ini peluang dan aku tidak mahu sia-siakan peluang ini. Insya'allah, aku akan usaha mendapatkan kerja itu. May Allah bless me. Amin.


Kuliyah. Semalam baru hadir untuk kuliyah di Masjid Shah Alam. Ustaz Azhar Idrus yang memberi kuliyah dan alhamdulillah, jemaah yang hadir pun ramai. Aku masih bergerak mencari ilmu agama untuk dirasa sendiri dan dikongsi sama dengan kau. Untuk kuliyah semalam, banyak belajar pasal ilmu tauhid dan macam biasa, soal jawab itu memang menyeronokkan! Sekarang, aku sedang berusaha untuk belajar tentang ilmu tasawuf cuma masalah pada masa. Tidak apa, pelan-pelan belajar nanti pandailah. Ye dak? Pasal buku, sedang dalam proses membaca buku 'Bicara Rasulullah SAW dengan Raja Syaitan' dan jika habis baca, bolehlah aku kongsi sedikit sebanyak disini. Aku juga sedang berusaha bertukar-tukar ilmu dengan kawan-kawan lain. Baru-baru ini tentang ilmu poligami. Alhamdulillah, ianya mudah untuk difahami dan terima kasih untuk si pemberi ilmu moga kau diberkati Allah SWT sentiasa. Amin.


Nikah. Ini mana ada dalam kamus hidup aku sekarang. Belum lagi. Haha (^.^)


Oh, sebelum terlupa tadi aku ada dengar lagu di youtube dan aku rasa lagu ini untuk para wanita kaki clubbing. Sebab liriknya macam untuk mereka. Cuba kau yang lain dengar mana tau sama dengan apa yang aku rasa. Nah lagunya!



Itu sahaja untuk kali ini. Lain masa aku tulis lagi ya. 

No comments:

Post a Comment