Tuesday 8 November 2011

usaha

Salam.

Hari ini aku tidak bekerja berikutan kegagalan kenderaan utama syarikat tempat aku bekerja gagal berfungsi dengan baik. Hal demikian menyebabkan kenderaan itu akan dihantar ke 'klinik' untuk menerima rawatan rapi. 

"hari ni tak keje. kena pergi klinik."

"sape sakit bos? bos sakit ke? semalam ok je."

"van masuk klinik la. rosak plak pagi ni. agak-agak kena operation surgery kot"

"operation surgery tu ape bos?"

"entah aku pon tak tau. aku main sebut je. pembedahan la kot."

"ok!"

Bila aku duduk bersila di atas kerusi pagi-pagi tadi sambil tangan kanan membelek handphone, kepala otak aku memikirkan cerita semalam. Ya, aku punya cerita yang mahu aku kongsi dengan follower-follower yang setiap hari bilangannya sama sahaja. Ala better than one la bak kata omputih.

Jadi, berbalik kepada cerita tadi. Aku bekerja sebagai seorang kuli di sebuah syarikat penghawa dingin. Tempat kerja aku sering berubah-ubah. Kadang-kadang di rumah customer, kadang-kadang di bangunan atau pejabat-pejabat. Semalam, aku bekerja di sebuah rumah yang agak mewah juga yang terletak di sekitar klang. Rumahnya cantik, senibinanya menarik umpama mendapat sentuhan saudara eric leong casa impian. Suprise!

Aku bukan mahu cerita tentang kemewahan customer itu. Ada cerita sedih di sebalik harta yang bertimbun-timbun. Customer itu sendiri yang bercerita dengan aku. Jadi, bolehlah aku mengklasifikasikan cerita ini sebagai kisah benar. Baiklah, customer ini seorang wanita berumur 34 tahun, mempunyai 5 orang cahaya mata, mempunyai harta kemewahan yang banyak, berasal dari sabah dan seorang janda. Ya, kakak ini seorang janda. Tapi, bukan aku hendak cerita tentang dia ini janda atau tidak. Ada benda penting yang aku rasa best tentang kakak ini, dia juga seorang 'saudara baru' yang berhijrah dari agama asalnya iaitu kristian. Lupa terus pasal bab janda tu kan? :p

Dia berhijrah setelah berjumpa dengan arwah suaminya yang juga merupakan seorang saudara baru. Arwah suaminya seorang yang berbangsa cina. Mereka berhijrah bersama-sama sebelum berkahwin lagi. Sekarang, apa masalah yang cuba aku ceritakan? Ini sudah menjadi bab serius.

This is the main problems. Akak ini tidak pandai mengaji, tidak pandai membaca atau menulis dalam tulisan jawi dan seorang yang naif dalam bab agama. Bahkan bukan itu sahaja, anak-anak dia juga tidak pandai mengaji dan solat. 

"akak tak tahu masa depan akak cemana. akak nak mengaji tapi akak tak pandai."

Cuba kau bayangkan ada orang cakap macam itu depan muka kau. Kau seorang islam tapi ada saudara islam kau tidak terbela dengan didikan agama lagi-lagi seorang saudara baru. Apa agaknya pandangan mereka tentang agama islam, tentang orang-orang islam. Mereka umpama kapal yang berlayar tetapi tiada arah.

"akak risau dengan anak-anak akak. takut sangat kalau diorang besar nanti tukar agama sebab cetek ilmu tentang agama islam."

Bila aku tanya anak sulung akak ini yang berumur 12 tahun. Jawapannya sangat menyedihkan.

"adik pandai mengaji? pandai solat?"

"tak tahu. tak kenal huruf al-quran." sambil geleng-geleng kepala.

Masya'allah. Rupa-rupanya, dalam mereka hidup dengan harta kemewahan, mereka masih lagi merasa kekurangan dan kekurangan itu mereka anggap paling penting berbanding harta. 

"akak tak kisah kalau berhabis harta ni demi akak dengan anak-anak guna buat belajar agama."

Akak ini usaha hendak belajar agama belajar mengaji sampaikan setiap hari setiap waktu, akak ini akan mainkan cd mengaji di rumahnya. Akak ini belajar solat dengan membaca buku panduan solat. Setiap langkah serta bacaan dalam solat akan ditampal di dinding bilik solatnya. Semuanya di tulis dalam bahasa rumi. Kalau kau masuk bilik solatnya, kau tentu akan sebak. Percayalah, dia lebih mahu menjadi seorang islam yang sempurna dari manusia yang lahirnya beragama islam tetapi tiada langsung minat tentang agama islam.

Insya'allah, aku doakan agar akak dan keluarganya dijauhkan dari gangguan syaitan dan mendapat bimbingan daripada Allah swt. Kita semua kena bantu saudara islam kita yang mempunyai masalah seperti ini. Sudah menjadi amanah kita saling bantu-membantu saudara sesama islam lagi-lagi seorang muallaf. Jangan dibiarkan mereka ini terumbang-ambing tanpa dibantu oleh sesiapa. Kelak kita akan di soal di sana nanti sebab kita tidak membantu saudara islam sendiri.

Allahu'akbar.


No comments:

Post a Comment