Monday 7 November 2011

salam aidiladha

Walaupun sudah terlewat, aku ingin juga mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua umat islam di seluruh dunia. Semoga dengan kehadiran lebaran ini dapat mendekatkan jiwa dan hati kita kepada Allah swt.

Dikesempatan ini juga, aku ingin mengajarkan kepada semua cara-cara mengapak tulang lembu korban dengan betul.

Langkah pertama: Pastikan kedudukan kapak dan tulang berada ditempat yang betul. Aim kapak tersebut ditempat yang ingin dikapak. Ini penting, mulakan membaca bismillah dan pastikan wajah kau kelihatan cool dan bergaya.

Langkah kedua: Hayunkan kapak tersebut ke atas dengan sepenuh hati. Pastikan mata kau melihat tepat ke arah tempat yang telah kau aim tadi. Ini penting, pastikan kau mengetip bibir supaya wajah kau kelihatan suci dan jauhkan tangan kau dari kapak supaya kau masih mampu memakai cincin di jari manis kau ketika majlis pernikahan kau nanti.

Langkah ketiga: Hentakkan kapak ke tulang lembu tersebut dengan penuh semangat sambil mata kau memandang tepat ke arah tulang umpama kau membenci tulang tersebut. Ini penting, pastikan kau mengemut rahang gigi kau sehingga pipi kau mengeras. Kau boleh rujuk gambar di atas bagaimana cara mengemut pipi. Ini membuatkan kau masih dalam keadaan cool dan seksi.

Semua gambar di atas hanyalah gurauan sahaja. Kadang-kadang kalau serius sangat pun tidak seronok juga. Ye dak?

Salam.

2 comments: