Sunday, 8 January 2012

jawapan

Salam.

Pernahkah kau terfikir jika Rasulullah SAW bersama kita di waktu ini? Dan, Rasulullah SAW datang kepada kau dan duduk di sebelah kau hanya untuk seketika, apa yang kau akan cakap dengan Rasulullah SAW? 

Adakah kau seperti wanita di bawah ini? Cuba kita dengar jawapannya.


 Apa jawapan kau? 

Tuesday, 3 January 2012

makwe lama


LEIGH NASH
I'm totally fall in love with your voice.

Dulu, kalau dengar dia menyanyi confirm aku duduk diam. Khusyuk betul siap marah orang lain suruh diam. Itu dulu time duduk asrama. Lama sudah aku tidak dengar lagu dia ini. Aku minat dia ini dari dia menyanyi dengan band lama dia, Sixpence None The Richer. Siap beri lagu kiss me dekat makwe lagi. Lepas itu dengar-dengar dia buat album solo. Aku tidak mahu cakap banyak lagi cuma kalau kau mahu dengar lagu solo dia, cuba lagu Ocean Size Love. Lagu ini untuk cinta makwe-pakwe rasanya dan ianya best. Cubalah dengar ya! 


p/s: lepas ini nak review siapa pula ya?

hikmah

Salam.

Sebelum apa-apa, aku hendak meminta maaf sebab tidak dapat merakamkan vblog untuk tahun baru tempoh hari. Aku terlupa untuk membawa kamera tempoh hari. Jadi untuk vblog seterusnya mungkin akan ada dalam masa terdekat ini, insya'allah. Ceh, macam ramai sangat hendak menonton vblog tu. Haha.

Selalunya kita tidak akan sentiasa ceria bila mana datangnya sesuatu yang baru. Kadang-kadang ianya datang untuk menduga iman dan kekuatan kita kepada Allah SWT. Jika ianya indah, itu nikmat kepada kita untuk terus bersyukur kepada Allah SWT. Jika ianya sesuatu yang kita tidak sangka akan terjadi, bersabarlah dengan dugaan-Nya kerana apa sekalipun yang datang dan pergi semuanya ketentuan Allah SWT. 

Aku berkongsi kesedihan dengan pemergian ibunda dan abang kepada seorang sahabat yang pergi menemui Allah SWT tatkala kita bergembira dengan kehadiran tahun 2012 ini. Moga-moga Allah merahmati roh mereka di sana. Sabarlah sahabat, percayalah ini semuanya ada hikmah tertentu. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah untuk roh kedua-duanya.

AL-FATIHAH

gula-gula dan aurat

lelaki kristian: kenapa wanita agama kamu menutup aurat?

lelaki muslim tersenyum sambil mengeluarkn 2 biji gula-gula di dalam koceknya, Lalu salah satu darinya dibukakan bungkusannya. kemudian dia meletakkan kedua gula-gula itu ke atas lantai. lalu bertanya kepada lelaki kristian, 
lelaki muslim: antara kedua-duanya mana satu yang kamu akan pilih?

lelaki kristian: sudah tentulah yang masih dalam bungkusan.

lelaki muslim: begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih
terpelihara dan istimewa.

Thursday, 29 December 2011

countdown dan pahala


 Salam.

Ubah sikit la untuk new year celebration 2012. Dari dahulu asyik-asyik pergi party, konsert, lumba haram, hisap dadah. Sekarang tukar tempat pula. Jom kita pergi sini sama-sama. Tidak perlu bayaran masuk pun. Free of charge tau. Yang bestnya, boleh celebrate new year sama-sama sambil dengar ceramah pula. Mana yang duduk area Shah Alam, Klang, Kuala Lumpur dan kawasan yang berdekatan jemputlah hadir ye. Selamat tahun baru 2012 semua.


p/s: dengar cerita vblog akan bersiaran disini. kbye!

Tuesday, 27 December 2011

step up

Salam. 

Hampir sebulan aku hidup menganggur. Tiada kerja, hanya duduk berehat di rumah. Kalau dikira-kira, aku tidak berhenti bekerja selama 3 tahun. 2 tahun ketika masih study dan 1 tahun selepas habis study. Maknanya, 4 tahun waktu belajar aku diselang-seli dengan waktu bekerja. Patutlah aku bengap masa sedang belajar kerana purata tenaga aku dihabiskan untuk bekerja dan sisa-sisa tenaga yang tinggal itulah yang aku simpan untuk waktu belajar. Ok, jauh sudah aku mengarut. 

Berbalik pada hal menganggur tadi, selama sebulan ini aku penuhi waktu cuti dengan aktiviti temuduga atau dalam bahasa inggerisnya, interview. Alhamdulillah, tidak sia-sia pengalaman kerja selama 3 tahun dulu banyak membantu dalam sesi temuduga tersebut. Insya'allah, tahun 2012 nanti aku mula bekerja dengan suasana kerja yang baru. 

Semalam aku tonton sebuah movie. Di dalam movie tersebut ada quote yang berbunyi begini,

"perjalanan lebih baik dari destinasi"

Bila aku fahami maksudnya aku kata ianya bagus. Untuk sampai ke sesuatu tujuan kita akan berdepan bermacam halangan. Ketika itu kita belajar tentang diri kita. Apa yang kita kurang dan apa yang kita kuat. Halangan itu membuatkan kita menjadi matang. Kita sedar sekeliling dan kita belajar dari sekeliling. Aku belajar dari sekeliling aku. Bila aku pandang kiri kanan, aku nampak guru. Tetapi jangan silap belajar nanti kau duduk terapung dalam air. Itu untung kau terapung tetapi kalau kau tenggelam dan terus hanyut? 

Moga Allah swt menunjukkan aku dan kau jalan yang lurus dan diberkati-Nya. 


untuk siswa-siswi, selamat menghadapi final exam!

Monday, 26 December 2011

me, myself and HIV

Salam.

Kau jangan gelak bila baca post ini sebab kedengaran agak meleleh. Peduli apa, ini blovel aku. Separuh aku keras separuh aku lembut. Dahulu kawan aku ada cakap,

"kau ni lembut. maksud aku bukan 'sotong'. kau lembut dalam. luar je nampak keras. bila kau sayang 1 benda atau 1 orang, kau lembut. kiranya kau ni botol kaca. silap sikit, kau pecah."

celaka!

Biar orang kata aku kaca atau apa. Senang kata, aku selesa dengan diri aku. Jadi untuk kali ini aku tulis satu benda yang rasanya bagi aku tentang cinta. Aku kongsi untuk kau rasa sama. Mahu di ambil buat kau baca depan kekasih kau, aku relakan dan aku halalkan. Sebentar, biar aku buka radio siaran sinar.fm. Dengar lagu cinta lama bersalut dedikasi cinta jamal jamaluddin. haha.

Me, Myself and HIV.

Hard to breathe, feels like floating.
So full of love my heart's exploding.
Mouth is dry, hands are shaking.
My heart is yours for the taking.

Acting weird, not myself.
Dancing around like the keebler elf.
Finally time for this poor schlub.
To know how it feels to fall in lub.

Sudah, aku bukan jiwang. haha.