Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Monday, 9 January 2012

kecoh dan kuliyah

Salam. 

Kalau hendak diikutkan. minggu ini kecoh pasal kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Kecohnya bukan di Malaysia sahaja malah merebak ke negara-negara lain. Alhamdulillah, Allah mengizinkan kemenangan ke atas DSAI yang didapati tidak bersalah dan terlepas dari hukuman penjara. Untuk DSAI, jadilah pemimpin yang diamanahkan oleh rakyat untuk memimpin negara jikalau anda menjadi PM. Lakukan tanggungjawab anda kerana Allah SWT. Manakala untuk yang memfitnah, apa yang anda ingin jawab di akhirat kelak?

Ok, sudah-sudahlah pasal liwat. Mari kita sambung semula kuliyah agama kita. Di sini aku ingin mewar-warkan kuliyah yang bakal diadakan pada bulan ini. Diharapkan, orang muda hadir bersama supaya dapat menambah ilmu agama kita bersama, insya'allah. Sila rujuk gambar di bawah untuk mengetahui tarikh-tarikh kuliyah yang akan datang ke tempat anda.


p/s: sila sebar-sebarkan ya.

Sunday, 8 January 2012

jawapan

Salam.

Pernahkah kau terfikir jika Rasulullah SAW bersama kita di waktu ini? Dan, Rasulullah SAW datang kepada kau dan duduk di sebelah kau hanya untuk seketika, apa yang kau akan cakap dengan Rasulullah SAW? 

Adakah kau seperti wanita di bawah ini? Cuba kita dengar jawapannya.


 Apa jawapan kau? 

Monday, 7 November 2011

Sunday, 30 October 2011

hijrah

Bila hidup tidak seimbang, terumbang-ambing macam tiada arah, tidak tahu mana arah tuju hidup, sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Maka, selepas itu mesti baru teringat pada pencipta, baru ingat minta petunjuk, baru ingat dosa dan pahala. Nampak sungguh jahil diri sendiri. Bila senang, mudah betul lupa, lupa asal usul datang dari mana, lupa perjanjian hidup di dunia. Agak-agak kalau esok tiada nyawa, lihat jasad sendiri kaku terbaring, sejuk pucat menanti di bawa ke dunia lain. Apa yang kita rasa ye?

Kadang-kadang hidup mendabik dada. Kata diri sendiri bagus, hebat dan perkasa. Kalau tidak keluar dari mulut mungkin terpancul sedikit dari hati. Kadang-kadang hidup jadi lupa diri. Tidak tahu pangkat darjat diri hina ini. Mana sama duduk berdiri dengan pencipta. Tanggungjawab dan ikrar diletak ke tepi. Hanya di tengah-tengah ada durjana, ada malapetaka. Yang suci kita campak mana ye?

Sentuh bab perasaan cinta. Jauh umur sama dengan nafas sendiri. Mula-mula dijaga tapi lama-lama hilang mahkota. Tidak kira mana jantina, semua sama. Sudah kata hamba, maka kita tiada darjat hendak dibanding-bandingkan. Sekali sudah salah, susah hendak berpatah balik, kadang-kadang terus merana ke lembah hitam gelap-gelita. Lelaki, dilahirkan untuk menjadi imam. Didodoi sehingga akil baligh tapi bila sinar dunia sudah di kenal, habis semua dilanggar. Bukan yang baik. tetapi yang hodoh dan jijik dibanggakan lantas di bawa ke sana nanti. Sudah tentu jadi bahan utama pembakar neraka. Wanita, hijabnya hendak dijaga penuh satu anggota. Satu terbuka habis menjadi sedekah akaun neraka. Jangan dilupa, sebelum ada yang berani menanggung dirinya, semua tanggungan akaun dosa dipegang oleh ibubapa. Sebesar zarah pun mereka yang tanggung. Banggakah kita menjadi anak-anaknya?

Sudah sampai masa berhijrah bersama. Pegang kuat agama kita tidak kira kita siapa kerana cukup masa kita disana sama sahaja. Yang berbeza hanya amalan kita. Untung kita sudah dibantu, kita hanya perlu 5 waktu sahaja, kalau tidak kena berpuluh-puluh rakaat. Itu pun tidak tentu penuh atau tidak. Itu tiang kita, tiang kita perlu teguh baru sempurna perwatakan kita di dunia ini. 

Satu kajian, bila ditanya bagaimana kerajaan Hosni Mubarak tumbang? Jawapannya ringkas, SOLAT.

salam.

Wednesday, 26 October 2011

hukum

Semalam di majlis ilmu, ada cerita yang disampaikan oleh sahabat untuk sama-sama kita renungkan. Aku rasa bertanggungjawab untuk berkongsi cerita sahabat itu disini walaupun bilangan pembaca blog ini tidak ramai mana. Jadilah daripada tiada siapa yang hendak membaca. Kalau kata ustaz, sebarkanlah ilmu yang baik-baik kepada orang lain walaupun hanya seorang sahaja yang mendengarnya kerana jika kita tahu ilmu yang baik, adalah amanah kita untuk menyebarkan kepada orang lain. Aku hendak bercerita dihadapan, aku tidak berani. Jadi, aku gunakan blog untuk menjadi medium aku berkongsi dengan orang lain. Cerita sahabat adalah benar. Cerita ini diceritakan oleh kawan sahabat aku tadi. Ianya terjadi semasa bulan puasa tempoh hari.

Di dalam sebuah pusat membeli-belah. Ramai orang datang ke pusat membeli-belah itu untuk membeli barang-barang keperluan hari raya yang bakal menjelang tidak lama nanti. Kawan sahabat aku bekerja sebagai seorang spy bagi pusat membeli-belah tersebut. Untuk pengetahuan umum, setiap pusat membeli-belah di Malaysia ini memang wujud spy bagi memantau masalah kecurian. Dipendekkan cerita, kawan sahabat aku tadi terlihat seorang makcik telah mencuri baju kanak-kanak. Makcik tersebut menyorokkan baju kanak-kanak tersebut di dalam baju kurung makcik tersebut.

Jadi, kawan sahabat aku tadi telah menangkap makcik tersebut dan membawanya ke sebuah bilik yang dipercayai bilik pengawal keselamatan. Memang prosedur, suspek yang dikenalpasti mencuri akan di bawa ke bilik pengawal untuk disoal siasat sebelum dihantar ke balai polis. Kawan sahabat saya menyoal makcik tersebut, kenapa mencuri?

"makcik takde duit nak beli baju baru untuk anak makcik. makcik terpaksa mencuri."

Makcik itu menangis ketika menjawab soalan tadi dan merayu untuk dilepaskan. Pada mulanya, kawan sahabat saya tadi tidak melepaskan makcik tersebut tetapi setelah melihat makcik tersebut merayu-rayu minta dilepaskan, dengan perasaan berperikemanusiaan kawan sahabat aku tadi pun melepaskan makcik tersebut. Selepas waktu bekerja habis, kawan sahabat aku tadi berjumpa dengan sahabat.

kawan sahabat: tadi aku lepaskan seorang makcik yang mencuri.

sahabat: kenapa kau lepaskan?

kawan sahabat: aku tak sampai hati. dia menangis minta dilepaskan. kesian aku tengok dia.

sahabat: kenapa dia mencuri?

kawan sahabat: dia cakap, MAKCIK TAK ADA DUIT NAK BELI BAJU BARU UNTUK ANAK MAKCIK. MAKCIK TERPAKSA MENCURI.

sahabat: kau tak rasa kau diperbodohkan?

kawan sahabat: kenapa pula? aku lepaskan makcik tue sebab aku kesian kat dia. dia orang susah.

sahabat: jawapan aku, kenapa nak mencuri sedangkan anak dia tak berbogel pun. pakai sahaja baju lama. kenapa mesti nak baju baru? adakah baju baru lagi bagus dari dia melanggar hukum Allah swt dengan mencuri? kalau pun dia nak jugak beli baju baru, dia boleh simpan duit. cari duit. bukan dengan mencuri. itu kan dosa. 

Apa motif cerita ini? Negara kita menggunakan undang-undang manusia bukan undang-undang Allah swt. Kalau undang-undang Allah swt digunakan, tidak sama sekali berlaku kejadian seperti cerita tadi. Siapa mahu mencuri kalau hukumnya potong tangan. Ye dak?