Monday, 30 January 2012

bukan malas

*bersihkan sarang lelabah kat blog ni. kemain lama tak update blog. sorry!


Salam.


Lama betul aku bertapa kali ini. Yelah, sunyi macam sudah malas menulis kan? Bukanlah, aku masih menulis cuma ada kerja-kerja tertentu untuk diselesaikan pada jangka masa terdekat ini dan mungkin berlarutan sehingga akhir tahun 2012. Wow, sudah macam perdana menteri rasanya. Ok, marilah aku kongsi sedikit apa aktiviti aku yang semacam bizi ni.


Sekarang, aku hanya ada sebulan lagi untuk siapkan diri dan 'kuda besi' untuk pertandingan pada bulan 3 nanti yang akan bermula tidak silap aku di Batu Kawan. Ya, aku berlumba motor dan motor itu aku panggil 'kuda besi'. Dia sekarang sedang di-upgrade baik dari segi kuasa dan luarannya. Maklumlah, dia itu spesis jantan maka seharusnya dia berpakaian segak dan macho di Batu Kawan nanti. Disebabkan hal ini juga aku bersama krew-krew tetap terpaksa mencari penaja untuk menampung kos untuk setiap perlumbaan nanti. Jadi, terpaksalah jumpa penaja sana sini dan alhamdulillah, penaja pun sudah ada. Insya'allah dengan izin-Nya aku mahu jadikan kerja ini sesuatu yang mendatangkan hasil. Amin.


*nanti aku upload gambar 'kuda besi' dengan baju barunya ya!


Kerja. Apa cerita kerja kali ini? Rezeki aku tidak putus, terima kasih Allah. Cuma aku masih belum menemui kerja yang betul-betul sesuai dengan aku. Banyak tempat aku dapat cuma aku tolak sebab tidak kena dengan apa yang aku mahu. Bukan kira gaji cuma aku ada komitmen pada hujung minggu jadi aku perlukan kerja yang working day hanya 5 hari sahaja. Esok, aku ada sesi temuduga dengan sebuah syarikat oil and gas di Shah Alam. Bila aku kaji, syarikat ini menggunakan sistem 5 hari bekerja dan itu cukup sesuai dengan apa yang aku mahu. Ini peluang dan aku tidak mahu sia-siakan peluang ini. Insya'allah, aku akan usaha mendapatkan kerja itu. May Allah bless me. Amin.


Kuliyah. Semalam baru hadir untuk kuliyah di Masjid Shah Alam. Ustaz Azhar Idrus yang memberi kuliyah dan alhamdulillah, jemaah yang hadir pun ramai. Aku masih bergerak mencari ilmu agama untuk dirasa sendiri dan dikongsi sama dengan kau. Untuk kuliyah semalam, banyak belajar pasal ilmu tauhid dan macam biasa, soal jawab itu memang menyeronokkan! Sekarang, aku sedang berusaha untuk belajar tentang ilmu tasawuf cuma masalah pada masa. Tidak apa, pelan-pelan belajar nanti pandailah. Ye dak? Pasal buku, sedang dalam proses membaca buku 'Bicara Rasulullah SAW dengan Raja Syaitan' dan jika habis baca, bolehlah aku kongsi sedikit sebanyak disini. Aku juga sedang berusaha bertukar-tukar ilmu dengan kawan-kawan lain. Baru-baru ini tentang ilmu poligami. Alhamdulillah, ianya mudah untuk difahami dan terima kasih untuk si pemberi ilmu moga kau diberkati Allah SWT sentiasa. Amin.


Nikah. Ini mana ada dalam kamus hidup aku sekarang. Belum lagi. Haha (^.^)


Oh, sebelum terlupa tadi aku ada dengar lagu di youtube dan aku rasa lagu ini untuk para wanita kaki clubbing. Sebab liriknya macam untuk mereka. Cuba kau yang lain dengar mana tau sama dengan apa yang aku rasa. Nah lagunya!



Itu sahaja untuk kali ini. Lain masa aku tulis lagi ya. 

Monday, 16 January 2012

antara arang dan kapur

"Anak ibarat kain putih, jangan tersilap conteng, nanti bila besar, andai korang berkulit putih, mereka akan menconteng arang ke muka mak bapak, dan andai korang hitam, mereka akan mencoteng muka mak bapak dengan kapur." KERETA MAYAT

 ala tomey-tomey!

takdir 4

"Bab terakhir dalam tulisan cerpen 'takdir'. Ini adalah kali pertama aku cuba menghasilkan sesuatu cerita yang aku klasifikasikan sebagai cinta. Tapi bila aku baca semula semacam kelakar dan geli hati. Biasalah, aku pun terasa hendak duduk dalam dunia seakan ombak rindu dan maria-mariana. Haha. Aku cuba mencari penyelesaian cerpen ini yang mengambil masa sedikit lama. Memang aku respect pembuat-pembuat cerpen yang handal berfikir untuk menghasilkan buah tangan menarik. Aku, masih lembab dalam hal ini. Nanti ada masa lebih aku bikin cerpen lain untuk kau baca. Terima kasih." KURT.


Ramai orang berpusu-pusu di kawasan itu. Hanyir, wangi, hapak dan macam-macam bau ada yang kadang-kadang tidak di senangi sesetengah orang. Di kanan ada yang murah dan di kiri ada yang mahal, biasalah adat berniaga.

kak, sawi murah-murah kak. kangkung pun ada ni. mai kak singgah.

kak, ikan kembung ada. ikan selar ada. semua fresh-fresh kak. mai kak.

Mata Natrah meliar melihat ke semua jualan di pasar itu. Dia sedang berjuang untuk membuat pilihan terbaik untuk di bawa pulang. Bakul yang hampir penuh dengan makanan basah dan kering erat di pegang tangannya. 

assalamualaikum Nur Natrah Binti Kamaruddin.

Natrah terkejut di sapa dengan salam. Natrah segera menjawab salam tersebut dan berpaling ke arah salam itu.

waalaikumsalam. Lan!! apa kau buat kat sini? lama betul aku tak nampak kau. apa khabar kau?

Terkejut Natrah melihat Lan yang sudah lama tidak diketemuinya. Natrah gembira melihat kawan baiknya itu.

amboi, kemain banyak tanya soalan kat aku. aku, alhamdulillah sihat. aku saja datang pasar ni. ingat nak cari bundle. kau apa khabar? suami dengan anak kau sihat?

alhamdulillah, semua sihat-sihat belaka. lama dah kau tak lepak dengan kitorang. mana kau pergi? semenjak hari tu kau langsung hilang. aku ingat dah kena campak dalam laut. hahaha.

hahaha. aku ada je cuma bz skit la. eh, jom lepak minum kat mamak tu. aku belanja.

okay. aku pun lama tak pow kau ni. hahaha.

......

mamak teh o ais dua!

Gelak tawa dua sahabat ini memecah riuh di kedai makan itu. Kedua-duanya seakan melepaskan rindu yang telah lama mereka simpan. Lama Lan hilang dari pandangan Natrah membuatkan Natrah bertanyakan bermacam soalan kepada Lan sehingga soalan yang merungkai persoalan kehilangan Lan itu diajukan oleh Natrah.

kau hilang sebab dia?

hah! sebab siapa?

dia, cinta mati kau yang dulu kau angan-angankan tu.

Lan tersenyum. Dia memandang ke luar kedai itu. Dia seperti cuba mengingati semula peristiwa lama yang pernah terjadi kepadanya. Peristiwa cinta antara dia dan seseorang.

hoi! aku tanya ni. kau ni mengelamun jela. cepatlah jawab!

Gertak Natrah tadi membuatkan Lan terkejut. Lan segera menjawab pertanyaan Natrah.

aku hilang sebab aku nak cari diri aku. aku nak kenal siapa aku. 

habis, bukan sebab dialah?

bukan. dia sejarah hidup aku. dia memori lama aku. dia dah ada hidup dia dan aku sedang dalam hidup aku. hidup baru aku. 

kau dah hilangkan dia dari hidup kaulah? atau kau pura-pura tak nak ingat dia lagi? kau jawab jujur Lan.

dia makin lama makin tiada. lama-lama jadi kosong. lama Nat aku hidup dengan bayang dia. sekarang aku dah dapat jawapan dan aku dah ada pengganti yang baru sekarang aku sedar pengganti itu lebih baik.

siapa pengganti kau Lan?!

pengganti itu ialah Allah SWT.

Natrah senyum. Mata Natrah berkaca dengan air mata. Natrah berterima kasih kepada Allah SWT kerana doanya dimakbulkan. Selama ini, Natrah tidak putus berdoa supaya Lan yang dianggapnya sebagai adik mendapat hidayah Allah SWT.

dulu aku jauh tersimpang Nat. aku jauh melayan hati aku. masa aku putus dengan dia, aku lupa Allah. padahal Allah itu lebih mengetahui baik buruk hambanya. Allah lebih mengetahui perjalanan hidup aku ni. tapi, aku lalai dengan perasaan cinta manusia ni. sekarang, alhamdulillah aku sedar Nat. jodoh itu Allah tentukan. insya'allah aku dapat lebih baik dari yang dulu. Allah itu kan maha adil.

syukur Lan. aku betul-betul gembira dengan keadaan kau sekarang. aku doakan kau diberikan rahmat oleh Allah SWT. 

Nat, terima kasih sebab selama ni kau betul-betul take care pasal aku sampai aku pun segan dengan kau.

Lan, aku dah kenal kau dari kecil. dari zaman main guli sama-sama dulu. aku dah anggap kau macam family aku. so, tak payahla kau nak terima kasih dengan aku. agak-agak kalau kau macam dulu lagi lepas ni, memang makan penampar aku la jap lagi. hahaha.

Akhirnya, Lan mendapat apa yang dia lupa selama ini. Apa yang dia hilang selama ini. Natrah dan Lan bersama sebagai sahabat sehingga kini. Lan, masih meneruskan kehidupan barunya dan dia berasa lebih tenang. Natrah, bahagia di sisi suami dan anaknya. Mereka berdua berhijrah kepada kehidupan yang diredhai oleh Allah SWT.


Saturday, 14 January 2012

sweet

Salam.

Selesai tahyat akhir dan salam, aku berwirid sebentar lalu mengangkat tangan berdoa,

"ya Allah, jika hal hari ini bakal memberikan kebaikan kepada ku. permudahkan dan rapatkanlah ia kepada ku. namun jika hal hari ini bakal memberikan keburukan kepada ku. jauhkanlah ia dari ku. aku mohon petunjuk mu ya Allah."

Baju dan seluar siap di iron kemas. Kalau sekali tangan terkena alur tepi seluar mahu berdarah tangan ini. Sampai macam itu sekali kemasnya pakaian untuk hari ini. Aku melihat jam dinding,

"oh still 6.30 pagi. duduk sekejaplah. pukul 7.00 pagi kang mandilah." getus hati.

..........

Tiba-tiba aku terjaga. Aku segera memandang jam dinding yang berada di ruang tamu itu. 

"Masya'allah. dah pukul 12.00 tghari. ya Allah, dugaan apa ini? dah lama aku tunggu peluang ni tapi sia-sia je."

Aku tertidur sehingga tengah hari sedangkan aku punya temuduga kerja pada pukul 8.30 pagi tadi. Aku lalai dengan situasi macam ini. Hilang satu peluang untuk bekerja. Aku mulai hilang arah. Hilang pertimbangan diri. Aku duduk bersila di luar rumah ini. 

"kenapa jadi macam ni? aku tak pernah tertidur kalau ada benda-benda penting yang aku nak buat. aku tak pernah lalai dalam saat-saat macam ini."

Ada kata hati suruh aku beristifar banyak-banyak. Terkumat-kamit mulut beristifar. Lantas aku terfikir, adakah doa aku dimakbulkan? Jika ianya dimakbulkan, terima kasih ya Allah. Sesungguhnya kau lebih mengetahui segala-galanya. Senyum terukir, hati kembali tenang dan aku menjalani kehidupan semula pada hari ini. 

Terima kasih, seseorang menyedarkan aku tentang qada dan qadar. Tidak apa, aku redha dengan ketentuanmu ya Allah.

Allah itu sweet sangat.

Monday, 9 January 2012

kecoh dan kuliyah

Salam. 

Kalau hendak diikutkan. minggu ini kecoh pasal kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Kecohnya bukan di Malaysia sahaja malah merebak ke negara-negara lain. Alhamdulillah, Allah mengizinkan kemenangan ke atas DSAI yang didapati tidak bersalah dan terlepas dari hukuman penjara. Untuk DSAI, jadilah pemimpin yang diamanahkan oleh rakyat untuk memimpin negara jikalau anda menjadi PM. Lakukan tanggungjawab anda kerana Allah SWT. Manakala untuk yang memfitnah, apa yang anda ingin jawab di akhirat kelak?

Ok, sudah-sudahlah pasal liwat. Mari kita sambung semula kuliyah agama kita. Di sini aku ingin mewar-warkan kuliyah yang bakal diadakan pada bulan ini. Diharapkan, orang muda hadir bersama supaya dapat menambah ilmu agama kita bersama, insya'allah. Sila rujuk gambar di bawah untuk mengetahui tarikh-tarikh kuliyah yang akan datang ke tempat anda.


p/s: sila sebar-sebarkan ya.

Sunday, 8 January 2012

jawapan

Salam.

Pernahkah kau terfikir jika Rasulullah SAW bersama kita di waktu ini? Dan, Rasulullah SAW datang kepada kau dan duduk di sebelah kau hanya untuk seketika, apa yang kau akan cakap dengan Rasulullah SAW? 

Adakah kau seperti wanita di bawah ini? Cuba kita dengar jawapannya.


 Apa jawapan kau? 

Tuesday, 3 January 2012

makwe lama


LEIGH NASH
I'm totally fall in love with your voice.

Dulu, kalau dengar dia menyanyi confirm aku duduk diam. Khusyuk betul siap marah orang lain suruh diam. Itu dulu time duduk asrama. Lama sudah aku tidak dengar lagu dia ini. Aku minat dia ini dari dia menyanyi dengan band lama dia, Sixpence None The Richer. Siap beri lagu kiss me dekat makwe lagi. Lepas itu dengar-dengar dia buat album solo. Aku tidak mahu cakap banyak lagi cuma kalau kau mahu dengar lagu solo dia, cuba lagu Ocean Size Love. Lagu ini untuk cinta makwe-pakwe rasanya dan ianya best. Cubalah dengar ya! 


p/s: lepas ini nak review siapa pula ya?

hikmah

Salam.

Sebelum apa-apa, aku hendak meminta maaf sebab tidak dapat merakamkan vblog untuk tahun baru tempoh hari. Aku terlupa untuk membawa kamera tempoh hari. Jadi untuk vblog seterusnya mungkin akan ada dalam masa terdekat ini, insya'allah. Ceh, macam ramai sangat hendak menonton vblog tu. Haha.

Selalunya kita tidak akan sentiasa ceria bila mana datangnya sesuatu yang baru. Kadang-kadang ianya datang untuk menduga iman dan kekuatan kita kepada Allah SWT. Jika ianya indah, itu nikmat kepada kita untuk terus bersyukur kepada Allah SWT. Jika ianya sesuatu yang kita tidak sangka akan terjadi, bersabarlah dengan dugaan-Nya kerana apa sekalipun yang datang dan pergi semuanya ketentuan Allah SWT. 

Aku berkongsi kesedihan dengan pemergian ibunda dan abang kepada seorang sahabat yang pergi menemui Allah SWT tatkala kita bergembira dengan kehadiran tahun 2012 ini. Moga-moga Allah merahmati roh mereka di sana. Sabarlah sahabat, percayalah ini semuanya ada hikmah tertentu. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah untuk roh kedua-duanya.

AL-FATIHAH

gula-gula dan aurat

lelaki kristian: kenapa wanita agama kamu menutup aurat?

lelaki muslim tersenyum sambil mengeluarkn 2 biji gula-gula di dalam koceknya, Lalu salah satu darinya dibukakan bungkusannya. kemudian dia meletakkan kedua gula-gula itu ke atas lantai. lalu bertanya kepada lelaki kristian, 
lelaki muslim: antara kedua-duanya mana satu yang kamu akan pilih?

lelaki kristian: sudah tentulah yang masih dalam bungkusan.

lelaki muslim: begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih
terpelihara dan istimewa.