Wednesday 4 April 2012

thom yorke kulit gelap.

As salam.

Lama sangat-sangat aku tidak menulis dalam blovel ini. Aku hitung, ada dekat-dekat sebulan lebih kan? Ya Allah, lamanya sunyi blovel ini. Bukan sengaja tidak menulis cuma kehendak dunia yang menyibukkan aku sedikit sebanyak tapi jangan risau, kehendak akhirat masih utama. Ok, mari aku kongsi cerita ke mana aku menghilang. Sebelum itu,

play lagu ahmadahmad-satu kepala. baru feel hendak menulis ^.^

Untuk makluman, aku sudah bekerja di tempat baru. Alhamdulillah, kerja tempat baru lebih baik dari yang lama dan sesuai untuk para lelaki gagah seperti aku. Woah!

Aku sekarang bekerja sebagai service technician di sebuah syarikat oil and gas di shah alam. Jadi, apa kaitan kehilangan aku selama ini? Dengan bermulanya kerja di tempat baru ini, aku sering mengembara di dalam negara dan ke luar negara. Misteri kehilangan aku kerana aku outstation ke sarawak selama sebulan lebih. Oh, rasanya hampir ke dua bulan aku di sana. Aku baru kembali ke rumah semalam. Syukur, aku masih bernyawa dan mampu sedikit sebanyak menulis di blovel ini. 

Untuk cerita pengalaman di sarawak, nantilah aku kongsi. Cuma aku paparkan visual hasil dua bulan berjemur dan bertapa di sana.

misai, janggut dan kulit gelap. hai gua thom yorke versi tiada jambang. 
woah!


No comments:

Post a Comment