Monday 16 January 2012

takdir 4

"Bab terakhir dalam tulisan cerpen 'takdir'. Ini adalah kali pertama aku cuba menghasilkan sesuatu cerita yang aku klasifikasikan sebagai cinta. Tapi bila aku baca semula semacam kelakar dan geli hati. Biasalah, aku pun terasa hendak duduk dalam dunia seakan ombak rindu dan maria-mariana. Haha. Aku cuba mencari penyelesaian cerpen ini yang mengambil masa sedikit lama. Memang aku respect pembuat-pembuat cerpen yang handal berfikir untuk menghasilkan buah tangan menarik. Aku, masih lembab dalam hal ini. Nanti ada masa lebih aku bikin cerpen lain untuk kau baca. Terima kasih." KURT.


Ramai orang berpusu-pusu di kawasan itu. Hanyir, wangi, hapak dan macam-macam bau ada yang kadang-kadang tidak di senangi sesetengah orang. Di kanan ada yang murah dan di kiri ada yang mahal, biasalah adat berniaga.

kak, sawi murah-murah kak. kangkung pun ada ni. mai kak singgah.

kak, ikan kembung ada. ikan selar ada. semua fresh-fresh kak. mai kak.

Mata Natrah meliar melihat ke semua jualan di pasar itu. Dia sedang berjuang untuk membuat pilihan terbaik untuk di bawa pulang. Bakul yang hampir penuh dengan makanan basah dan kering erat di pegang tangannya. 

assalamualaikum Nur Natrah Binti Kamaruddin.

Natrah terkejut di sapa dengan salam. Natrah segera menjawab salam tersebut dan berpaling ke arah salam itu.

waalaikumsalam. Lan!! apa kau buat kat sini? lama betul aku tak nampak kau. apa khabar kau?

Terkejut Natrah melihat Lan yang sudah lama tidak diketemuinya. Natrah gembira melihat kawan baiknya itu.

amboi, kemain banyak tanya soalan kat aku. aku, alhamdulillah sihat. aku saja datang pasar ni. ingat nak cari bundle. kau apa khabar? suami dengan anak kau sihat?

alhamdulillah, semua sihat-sihat belaka. lama dah kau tak lepak dengan kitorang. mana kau pergi? semenjak hari tu kau langsung hilang. aku ingat dah kena campak dalam laut. hahaha.

hahaha. aku ada je cuma bz skit la. eh, jom lepak minum kat mamak tu. aku belanja.

okay. aku pun lama tak pow kau ni. hahaha.

......

mamak teh o ais dua!

Gelak tawa dua sahabat ini memecah riuh di kedai makan itu. Kedua-duanya seakan melepaskan rindu yang telah lama mereka simpan. Lama Lan hilang dari pandangan Natrah membuatkan Natrah bertanyakan bermacam soalan kepada Lan sehingga soalan yang merungkai persoalan kehilangan Lan itu diajukan oleh Natrah.

kau hilang sebab dia?

hah! sebab siapa?

dia, cinta mati kau yang dulu kau angan-angankan tu.

Lan tersenyum. Dia memandang ke luar kedai itu. Dia seperti cuba mengingati semula peristiwa lama yang pernah terjadi kepadanya. Peristiwa cinta antara dia dan seseorang.

hoi! aku tanya ni. kau ni mengelamun jela. cepatlah jawab!

Gertak Natrah tadi membuatkan Lan terkejut. Lan segera menjawab pertanyaan Natrah.

aku hilang sebab aku nak cari diri aku. aku nak kenal siapa aku. 

habis, bukan sebab dialah?

bukan. dia sejarah hidup aku. dia memori lama aku. dia dah ada hidup dia dan aku sedang dalam hidup aku. hidup baru aku. 

kau dah hilangkan dia dari hidup kaulah? atau kau pura-pura tak nak ingat dia lagi? kau jawab jujur Lan.

dia makin lama makin tiada. lama-lama jadi kosong. lama Nat aku hidup dengan bayang dia. sekarang aku dah dapat jawapan dan aku dah ada pengganti yang baru sekarang aku sedar pengganti itu lebih baik.

siapa pengganti kau Lan?!

pengganti itu ialah Allah SWT.

Natrah senyum. Mata Natrah berkaca dengan air mata. Natrah berterima kasih kepada Allah SWT kerana doanya dimakbulkan. Selama ini, Natrah tidak putus berdoa supaya Lan yang dianggapnya sebagai adik mendapat hidayah Allah SWT.

dulu aku jauh tersimpang Nat. aku jauh melayan hati aku. masa aku putus dengan dia, aku lupa Allah. padahal Allah itu lebih mengetahui baik buruk hambanya. Allah lebih mengetahui perjalanan hidup aku ni. tapi, aku lalai dengan perasaan cinta manusia ni. sekarang, alhamdulillah aku sedar Nat. jodoh itu Allah tentukan. insya'allah aku dapat lebih baik dari yang dulu. Allah itu kan maha adil.

syukur Lan. aku betul-betul gembira dengan keadaan kau sekarang. aku doakan kau diberikan rahmat oleh Allah SWT. 

Nat, terima kasih sebab selama ni kau betul-betul take care pasal aku sampai aku pun segan dengan kau.

Lan, aku dah kenal kau dari kecil. dari zaman main guli sama-sama dulu. aku dah anggap kau macam family aku. so, tak payahla kau nak terima kasih dengan aku. agak-agak kalau kau macam dulu lagi lepas ni, memang makan penampar aku la jap lagi. hahaha.

Akhirnya, Lan mendapat apa yang dia lupa selama ini. Apa yang dia hilang selama ini. Natrah dan Lan bersama sebagai sahabat sehingga kini. Lan, masih meneruskan kehidupan barunya dan dia berasa lebih tenang. Natrah, bahagia di sisi suami dan anaknya. Mereka berdua berhijrah kepada kehidupan yang diredhai oleh Allah SWT.


No comments:

Post a Comment