Wednesday 12 October 2011

takdir

“macam mana hidup dia sekarang? bahagia ke?”

“sudahlah tu Lan. kau lupakan dia je. bukan kau tak boleh cari yang lain. ye dak?”

Lan menoleh ke arah Natrah yang berdiri dibelakangnya. Matanya tepat memandang muka Natrah.

“kenapa? kau masih mengharapkan benda yang tak pasti ke Lan? move forward la bro!”

Lan membisu. Dia memalingkan mukanya semula dan memandang kebawah. Suasana yang sunyi menambahkan kesedihan yang lama tersimpan di dalam hatinya.

“aku tak boleh Nat. bukan aku tak cuba. 2 tahun aku cuba lupakan dia tapi..”

Belum sempat lan menghabiskan ayatnya, natrah menyampuk.

“ah kau! dia tak pandang kau pun. ada dia ambil tahu pasal kau? ada? sikit pun tak Lan. kau tu yang beriya-iya sangat Lan. Bukan takda perempuan lain kat dunia ni. come on la, kau boleh dapat yang lagi bagus. better than her!”

“senang kau cakap Nat. aku yang tanggung semua ni bukan kau. aku sayang dia. kau tak paham nat. kau tak paham!

Lan bangun. Natrah hanya memerhati gerak-geri Lan dan berkata,

“jadi, kau mahu tunggu lagi? makin kau tunggu makin jauh dia pergi. kau cinta dia sangat-sangat kan? pergilah cari dia tapi kau jangan mengharap apa-apa. boleh?”

“kau nak aku jumpa dia tanpa mengharap apa-apa? kau gila Nat? aku bukan lelaki hipokrit. dah tentu aku mengharap dia kembali kat aku.”

“habis, kalau dia tidak mahu kembali kat kau macam mana?”

“takdir Nat. semua ini dah ditulis. aku tak boleh nak buat apa-apa. tapi sebelum itu, aku kena bagitau apa yang ada kat dalam hati aku. aku dah taknak simpan-simpan lagi walaupun sebesar zarah. dah lama aku tanggung sakit ni. Kalau aku simpan, lama-lama boleh jadi barah kot.”

Natrah senyum melihat reaksi Lan. Natrah tahu Lan seorang yang tabah menghadapi dugaan. Natrah bangga dengan kesabaran Lan.

“untunglah kalau gadis pujaan kau tu tau kau macam ni Lan. setia dan sayang dia seorang je.”

“nak buat macam mana Nat. dia jela aku punya megan fox.” Lan senyum kosong.


2 comments: