Sunday 23 October 2011

qarma

Timbul tenggelam timbul tenggelam.
Acapkali terpendam acapkali tersergam.
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam.
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam.
 
Kutimbang tanpa neraca di awal usia.
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia.
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu.
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu.
 
Maafkan mereka mereka tidak tahu.
Mereka tidak ramas buku mereka segan ilmu.
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata.
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa.
 
Maafkan mereka mereka tiada nilai.
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai.
Tanpa kasih sayang mereka suka menyakiti.
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati.

Jangan ahli sihir seru nama maharaja.
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma.
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara.
Kalau terpelajar sila guna hak miranda.
 
Pura-pura dengar telan tapi tidak hadam.
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham.
Mereka mula kiri aku kanan bila baca.
Sudah mahir rumi mari tafsir alif ba ta.

No comments:

Post a Comment